Rut, Satu Kisah PenebusanSampel

Ruth, A Story Of Redemption

HARI 1 DARIPADA 5

Jauh Dari Rumah

Pernahkah anda tertanya-tanya jika Allah sedang bekerja dalam hidup anda? Saya banyak tertanya-tanya tentang hal itu, dan diingatkan tentang kitab Rut. Kita tidak melihat mukjizat atau campur tangan kudus dari Syurga; kita melihat Allah bekerja secara halus semasa Dia memimpin dua wanita ke arah pemulihan dan keberhasilan.

Kitab Rut bermula dengan cerita tentang sebuah keluarga di Betlehem. Mereka tinggal di sebuah kota yang dikenali sebagai rumah roti, tetapi kebuluran melanda kota itu. Penulis kitab ini tidak menceritakan keadaan keluarga ini; kita melihat mereka berpindah ke Moab pada permulaan cerita itu. Sejak permulaannya, bangsa Moab ialah bangsa yang tidak bermoral. Namun, Elimelekh membuat keputusan untuk memindahkan keluarganya dari rumah roti ke bangsa asing yang dipenuhi dosa.

Tidak lama selepas permulaan bab satu, kita menemui penerapan yang penting dalam hidup kita. Semasa menghadapi masa yang sukar, kita semestinya tidak bergantung pada pemahaman manusia atau mengambil jalan yang senang untuk menyelamatkan diri; kita mesti mencari Allah untuk mengetahui tujuan-Nya. Elimelekh tidak menanya Allah tentang kehendak-Nya, ia tidak juga mempercayai Allah. Sebaliknya, ia membawa keluarganya daripada tempat yang didiami umat Allah ke negara yang jahat, di mana tiadanya tempat untuk menyembah Allah dan tiada persekutuan dengan orang percaya yang lain.

Yang ironiknya, Elimelekh meninggalkan tempat itu untuk hidup, tetapi ia dan anak-anak lelakinya mati dalam masa satu dekad. Keputusan buruknya bukan sahaja mempengaruhinya secara negatif, malah mempengaruhi seluruh keluarganya. Kita mesti menyedari bahawa pilihan yang kita buat dalam hidup ini akan mempengaruhi orang lain.

Sebaik sahaja Elimelekh keluar daripada kehendak Allah, ia tidak lagi berupaya membezakan antara betul dan salah. Ia membenarkan anak-anak lelakinya untuk mengahwini wanita Moab yang tidak mengenali Allah dan membenarkan perkahwinan dengan orang yang tidak beriman. Dengan satu keputusan yang buruk itu, Elimelekh memimpin keluarganya semakin jauh daripada rancangan Allah. Memanglah penting agar anda dan saya mencari kehendak Allah dan bukannya melakukan apa yang kita rasa adalah terbaik. Satu keputusan yang buruk boleh memimpin kita kepada rangkaian keputusan yang buruk.

Berita baiknya ialah Allah memulihkan orang dan Allah itu baik. Kita tidak melihat keluarga yang dimusnahkan oleh satu keputusan sahaja. Allah belum selesai lagi.

Sebagai umat Allah, kita mempunyai peluang yang tersendiri untuk mengetahui kehendak-Nya dan hidup di bawah naungan-Nya. Ada kalanya ribut akan melanda hidup kita. Pada musim inilah kita boleh memilih untuk mencari kehendak-Nya dan mempercayai-Nya, ataupun kita boleh bergantung pada pemahaman sendiri dan membuat keputusan yang kita fikir adalah yang terbaik. Akhirnya, rancangan Allah untuk kita adalah lebih baik daripada rancangan kita.
Hari 2

Perihal Pelan

Ruth, A Story Of Redemption

Kita dapat memahami beberapa orang sahaja dalam Alkitab dari segi emosi; antaranya ialah Rut: balu asing yang miskin, yang menjadikan Allah keutamaannya, dan melihat-Nya mengubah hidupnya. Jika anda mencari-cari dorongan dalam keadaan anda, jangan terlepas pelan bacaan ini!

More

Kami berterima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan