Rut, Satu Kisah PenebusanSampel

Ruth, A Story Of Redemption

HARI 4 DARIPADA 5

Tempat Pembantingan

Rut dan Boas ialah orang biasa yang disorotkan kerana iman dan ketaatan mereka. Tidak diragukan bahawa Rut ialah seorang perempuan yang beriman. Ia betul-betul bertaubat dalam perjalanan ke Betlehem dan meneruskan perjalanannya ke negeri yang baru. Ia mempercayai bahawa Allah akan memeliharanya dan Naomi semasa ia keluar mengumpulkan hasil tuaian. Ia percaya dan yakin di tengah-tengah kesukaran.

Satu perkara yang sudah pasti, walau betapa sukar pun musim yang kita hadapi, kita mesti mempercayai dan berasa yakin akan Allah untuk memelihara kita. Walaupun sesetengah musim adalah sukar, kita harus membenarkan iman kita untuk diregangkan sehingga mempercayai Allah, jika tidak iman kita tidak mungkin bertumbuh dan mencapai kepenuhan yang disediakan oleh Allah untuk hidup kita.

Rut ialah seorang perempuan yang suci, demikian juga Boas. Boas dan Rut adalah secocok dari segi itu. Dua orang yang suci disatukan melalui peruntukan dan kebaikan Allah. Saya percaya ada banyak yang dapat diperkatakan melalui cerita ini.

Semasa Rut berjalan dalam kebaikan hati, iman dan kerendahan hati, ia dipuji oleh lelaki yang dikasihinya. Boas melihat kecemerlangan dan kesucian Rut dan memuliakannya kerana itu dengan menjawab doanya sendiri dalam bab 2 untuk Rut. Lebih daripada itu, Allah melihat kecemerlangan dan kesucian Rut.

Saya pernah mendengar pepatah, "character is who you are when no one is watching (watak ialah siapa kamu itu semasa tiada orang memerhatikan kamu). Sudah pasti, Rut tidak tahu hidupnya akan diceritakan setakat ini, tetapi jutaan orang melihatnya sebagai teladan. Bayangkan apa yang Allah ingin lakukan melalui umat-Nya yang memiliki watak yang baik. Ketika kita rasa tiada orang yang sedang memerhatikan kita atau tiada ganjaran untuk tindakan kitalah watak diperhatikan oleh Allah.

Semoga anda dan saya menjadi orang yang boleh dipanggil lelaki dan perempuan yang suci seperti Rut dan Boas. Hiduplah dalam iman semasa harapan hampir lenyap. Berikan respons dalam kerendahan hati terhadap peluang yang diberikan kepada anda. Tunjukkan kebaikan kepada orang di sekeliling anda. Anda tidak mungkin menyedari hidup siapa yang disentuh oleh anda.

Kitab

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Ruth, A Story Of Redemption

Kita dapat memahami beberapa orang sahaja dalam Alkitab dari segi emosi; antaranya ialah Rut: balu asing yang miskin, yang menjadikan Allah keutamaannya, dan melihat-Nya mengubah hidupnya. Jika anda mencari-cari dorongan dalam keadaan anda, jangan terlepas pelan bacaan ini!

More

Kami berterima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan