Watak Paska: Simon PetrusSampel

The Characters of Easter: Simon Peter

HARI 9 DARIPADA 10

Kita tidak tahu Petrus ke mana selepas penyangkalan itu. Ia tidak hadir, seperti Yohanes dan ibu Yesus, Maria, di tapak salib semasa Yesus mati. Walau bagaimanapun, kita tahu ia berkemungkinan besar tidak pulang ke rumah. 

Hal yang kita tahu adalah beberapa hari selepas itu pastinya sukar buat Petrus. Putus asa kerana tingkah lakunya pada malam penahanan Yesus dan tidak pasti akan masa depannya, Petrus menghadapi ketidakpastian yang tidak terhingga. Raja yang ia sangka akan mendirikan kerajaan Allah dan menggulingkan pemerintahan Roma sedang mereput dalam kubur yang dipinjam. 

Melainkan, sesungguhnya, Dia tidak mereput.

Kesengsaraan pagi Ahad Petrus disela oleh lawatan sekumpulan wanita tercungap-cungap yang tiba-tiba, diketuai oleh Maria Magdalena dan Maria, ibu Yesus. Mereka tidak dapat berkata-kata. Apa yang diucapkan oleh mereka kedengaran tidak masuk akal. Tidak, sebenarnya memang tidak masuk akal. Mayat Yesus, hilang? Mustahil. Kubur itu dikawal rapi oleh askar Roma. Batu yang berat menutupi pintu masuk kubur itu. Oh, tidak menyentuh kenyataan bahawa mayat tidak bangkit begitu sahaja. Namun, wanita tersebut adalah serius. Dan mereka membawa pesanan khas untuk Petrus. Markus mencatatkan satu waktu di kubur itu di mana seorang lelaki yang memakai jubah putih menggesa Maria, "Sekarang pergilah dan sampaikan khabar ini kepada pengikut-pengikut-Nya termasuk Petrus" (Markus 16:7).

Termasuk Petrus. Dua perkataan ini membangunkan Petrus dan ia berlari ke gua di mana Yusuf dari Arimatea, seorang penderma yang kaya, telah menguburkan Yesus. Apabila Petrus sampai, ia melihat apa yang telah disaksikan oleh wanita tersebut: kubur yang kosong, batunya telah digulingkan, dan, paling penuh bermakna, kain pengikat mayat Yesus tergulung tersendiri. 

Kisah Petrus memuncak dalam catatan Yohanes: satu peristiwa di pantai yang sepadan, hampir sepenuhnya, dengan gambaran yang diberikan oleh Lukas pada permulaan perjalanan Petrus dengan Yesus. Ini bukan kesilapan, bukan kebetulan bahawa Tuannya menyelangkan tiga tahun-Nya bersama Petrus dengan mukjizat yang sama: hari penangkapan ikan yang tidak berhasil, penebaran jala hanya untuk menyedapkan hati Yesus, dan perahu yang dipenuhi ikan. 

Kristus masih mencari penjala orang, jenis pemimpin yang berjalan tempang. Di sini kita melihat kasih satu sisi Allah yang tidak ada bandingannya. Kita mengecewakan-Nya, tetapi Dia tidak mengecewakan kita. Kita lupa akan-Nya, tetapi Dia tidak melupakan kita. Kita mengejar kasih lain, tetapi Dia setia. 

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

The Characters of Easter: Simon Peter

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel Darling dalam pelan 10 hari ini untuk membongkar kehidupan Simon Petrus, watak yang tidak disangka-sangka dalam kisah Yesus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-characters-of-easter/