Watak Paska: Simon PetrusSampel

Selepas jamuan Paska, Yesus meminta Petrus, Yakobus dan Yohanes untuk menyertai-Nya ke Taman Getsemani yang merupakan tempat berdoa Yesus. Dia meminta mereka untuk menunggu-Nya, untuk berdoa, pada larut malam itu. Mereka berasa letih. Sudah larut malam. Bayangkan bagaimana roller-coaster beberapa hari lalu melanda Petrus. Ia mungkin masih memproses perbalahan dengan Yudas. Sahabat yang dipercayai, yang berada di sisi mereka sepanjang tiga tahun, yang telah meninggalkan segala sesuatu, kini mengkhianati Yesus. Ia tidak mahu mempercayainya. Jadi, Petrus tidur, kemudian dibangunkan oleh Yesus yang pucat-lesi keletihan, air mata dan darah mengalir turun muka-Nya. Kata-kata-Nya menembusi jiwa Petrus, Tidak dapatkah kamu berjaga dengan Aku?
Ia berlaku dengan tiba-tiba. Askar berkawat ke taman yang gelap itu. Obor dan pedang. Dan . . . Yudas, sahabat mereka, mendakap Yesus dalam paparan terakhir yang menjelekkan. Ciuman pengkhianatan. Petrus naik berang, adrenalina berderau. Dunianya berputar. Kehidupannya mengalami keretakan. Ini tidak adil. Tidak adil sekali. Maka, ia dengan cemerkap mencuri pedang dan menghunusnya lalu memukul hamba imam agung. Yesus tidak menerima pembelaan Petrus itu, sebaliknya Dia menyembuhkan telinga musuh-Nya.
Kita diberitahu bahawa para murid tercerai-berai dalam Matius 25 dan Markus 14. Walau bagaimanapun, Petrus dan Yohanes masih tinggal di situ, menggunakan hubungan Yohanes untuk memasuki halaman rumah Ananias di mana perbicaraan rahsia dan haram terhadap Yesus berlaku. Haruskah Petrus pergi? Apa lagi yang boleh dilakukannya? Ia perlu mencari jalan untuk mendekati Yesus, untuk melindungi-Nya, untuk mempertahankan-Nya, untuk menunjukkan kesetiaannya.
Kitab
Perihal Pelan

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel Darling dalam pelan 10 hari ini untuk membongkar kehidupan Simon Petrus, watak yang tidak disangka-sangka dalam kisah Yesus.
More
Pelan yang Berkaitan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Bangkitlah dan Bersinarlah
