Watak Paska: Simon PetrusSampel
Mengikuti Yesus membawa Petrus menyeberangi Galilea dan Yudea dan ke tempat yang tidak pernah dibayangkannya. Pesakit kusta disembuhkan. Orang yang lumpuh berjalan. Orang buta menerima penglihatan. Ia melihat Yesus membangkitkan seorang hamba perempuan daripada kematian. Petrus hadir, dua kali, apabila Tuan Ciptaan mengambil makanan tengah hari anak lelaki dan menggandakannya untuk memberikan makanan kepada ribuan orang yang lapar dan terdesak, dan masih mempunyai makanan yang berlebihan. Ada sekali Yesus, bangun tidur dan menyelamatkan para murid daripada nahas kapal dengan berkata, ya berkata, kepada ombak dan meredakan angin dan tasik itu menjadi tenang sekali.
Barangkali tiada apa-apa yang mengikhtisarkan perjalanan tiga tahun nelayan yang menjadi pengikut ini dengan lebih baik daripada kata-kata yang diucapkannya sebagai respons bagi soalan yang menghantui fikiran. Selepas ribuan pengikut semasa senang meninggalkan pergerakan mereka kerana ajaran yang sukar, Yesus mengajukan satu soalan yang paling bersifat manusiawi: "Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?" (Yohanes 6:67). Yesus, Anak Allah, mengetahui misi-Nya dan berjalan ke arah salib, tetapi Yesus, seorang yang penuh kesengsaraan, dilukai apabila ditolak. Pada waktu ini, Petrus bersuara:
Simon Petrus berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah." (Yohanes 6:68-69)
Kepada siapakah kami akan pergi? Inilah sebabnya kita berhenti sejenak setiap musim bunga dan memandang salib yang berlumuran darah dan kubur yang kosong; sebabnya kita bangun pada pagi Ahad yang sejuk, minggu demi minggu; sebabnya, kita, yang letih dan sedih serta tidak pasti akan apa-apa, mendekati Yesus dalam doa yang berkecamuk. Kita tiada tempat yang boleh ditujui, tiada tempat mengadu. Kata-kata Yesus memberikan hidup sejati dan kekal.
Apa yang dimiliki Petrus adalah benih iman yang kecil, yang ditanam dalamnya oleh Roh Allah. Kita mengetahui ini kerana kita telah membaca kata-kata penegasan berani Yesus sebagai Kristus, orang yang diurapi yang telah dikhabarkan oleh para nabi Perjanjian Lama.
Respons Yesus adalah beralaskan batu ini—ya, Petrus, murid yang suka mengikut gerak hati, tidak sabar, tidak sempurna—Kristus akan membina jemaah-Nya. Petrus dan murid yang lain akan menjadi Rasul, membawa satu zaman baru dalam sejarah keselamatan.
Kitab
Perihal Pelan
Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel Darling dalam pelan 10 hari ini untuk membongkar kehidupan Simon Petrus, watak yang tidak disangka-sangka dalam kisah Yesus.
More