Watak Paska: Simon PetrusSampel

The Characters of Easter: Simon Peter

HARI 6 DARIPADA 10

Anda tidak boleh menceritakan kisah hari Paska tanpa bercakap tentang penafian Petrus yang menggamamkan. 

Bagaimana murid yang setia ini tiba-tiba mengkhianati Yesus? Demi memahami ini, saya rasa kita perlu menempatkan diri dalam kedudukannya pada awal pagi yang tragis itu. Peristiwa penafian berlaku pada hujung minggu yang panjang dan menyusutkan emosi, yang bermula dengan sukacita besar dan janji. 

Ia bermula dengan tahap emosi yang tinggi, dengan kemasukan berkemenangan Yesus sebagai Raja orang Yahudi ke kota itu menunggangi keldai dan dialu-alukan oleh banyak penyokong yang melambai-lambaikan dahan pokok palma. Yesus menggenapi ramalan Zakharia tentang seorang raja masa depan yang tidak ortodoks, yang akan memasuki Yerusalem dengan menunggang keldai dan bukannya menaiki rata. 

Apabila masa berlalu, keadaannya menjadi semakin bahaya. Bisikan tentang komplot yang dirancang oleh pemimpin agama, rancangan rahsia untuk menangkap Yesus dan murid-murid-Nya. Petrus dan murid lain pasti berasa kecewa bahawa Yesus nampaknya tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan bahaya tersebut ataupun untuk melawan balik. Ada kalanya, Yesus seolah-olah memburukkan lagi pemisahannya, menghalau pedagang dan penipu dari rumah Tuhan dan meramalkan bahawa bangunan besar Herodes yang indah dan mengagumkan, sumber kemegahan bangsa Israel, akan dimusnahkan dengan tiba-tiba tidak lama lagi. 

Walau bagaimanapun, semua ini mencapai kemuncaknya apabila Yesus dan para murid memakan jamuan Paska di sebuah bilik yang telah disediakan oleh Petrus dan Yohanes. Ini memiliki semua unsur jamuan Paska yang biasa, kecuali Yesus terus bercakap tentang penangkapan-Nya yang akan berlaku dan kematian-Nya di tangan musuh. Petrus tertanya-tanya bagaimana seorang raja boleh memerintah apabila Dia seolah-olahnya menerima takdir penangkapan-Nya? Namun, Yesus terus bercakap tentang meninggalkan mereka dan mengutuskan Roh Allah, satu prospek yang membuat mereka sedih dan sedikit marah. 

Petrus telah meninggalkan segala sesuatu dan meletakkan seluruh harapan pada idea bahawa Yesus ialah Mesias yang dijanjikan. Namun, bagaimana Mesias itu boleh membenarkan diri-Nya ditangkap dan dibunuh? Secara dalaman, Petrus pasti meyakinkan dirinya bahawa ia tidak akan membenarkan itu berlaku. Ia akan melawan dan mempertaruhkan nyawanya demi melindungi Tuannya. Walau bagaimanapun, nampaknya Yesus tidak melayan delusi Petrus. Dia dengan suram meramalkan bahawa semua murid-murid-Nya akan meninggalkan-Nya, dan seorang daripada mereka itu akan mengkhianati-Nya. Dia seolah-olahnya dapat melihat jiwa Petrus dalam cara yang tidak dapat dilihat oleh Petrus sendiri.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Characters of Easter: Simon Peter

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel Darling dalam pelan 10 hari ini untuk membongkar kehidupan Simon Petrus, watak yang tidak disangka-sangka dalam kisah Yesus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-characters-of-easter/