Watak Paska: Simon PetrusSampel

The Characters of Easter: Simon Peter

HARI 3 DARIPADA 10

Saya banyak berfikir tentang kata-kata mudah Andreas pada hari itu. Kami telah menemui-Nya. Saya memikirkan ayah saya, yang telah mendengar kata-kata tersebut daripada mak saudara saya yang menonton ceramah di televisyen yang disampaikan oleh Billy Graham. Ayah saya bertaubat pada tahun 1971 di Chicago dan mengubah trajektori keluarganya yang bermasalah. Saya ada di sini pada waktu ini, menulis tentang hari Paska, kerana ayah saya telah mendengar kata-kata tersebut dan mengkhabarkannya kepada seorang anak perempuan Yahudi yang kemudiannya menjadi isterinya, seorang ibu yang akan mengkhabarkannya kepada anak lelakinya suatu hari nanti: Kami telah menemui-Nya. 

Yohanes berkhutbah. Andreas mendengar. Yohanes menunjuk pada Yesus. Andreas menemui-Nya. Demikianlah injil sampai kepada anda dan sampai kepada saya. Allah telah mengutus seseorang kepada kita: satu suara di radio, risalah terbuang, seorang kawan yang terus mendesak. 

Simon tidak sedar, tetapi kisah hidupnya ditulis sebelum ia dilahirkan. Kisahnya bermula jauh di kota Betlehem yang kecil 30 tahun lalu, apabila seorang tukang kayu yang miskin dan isterinya mengetuk pintu sebuah rumah penginapan, mencari tempat untuk melahirkan anak mereka. Kisah Simon bermula apabila seorang imam tua yang bernama Zakharia dan isterinya, Elisabet, menjadi hamil dengan luar biasa dan melahirkan seorang anak yang menjadi nabi. Yesus, Yohanes Pembaptis, dan Simon akan bertumpu, bukan secara kebetulan atau takdir, tetapi melalui jari Allah yang senyap. Suatu hari nanti semua ini akan meluru ke arah seorang nelayan muda yang tidak menaruh syak wasangka. 

Pada hari Simon mengikut dengan berat hati inilah nelayan usahawan ini menjadi, dalam kata-kata Yesus, Petrus—bermakna "batu yang kuat" (Mat 16:18). Ya, orang yang perlu diheret kepada Yesus ini akan menjadi tiang pergerakan ciptaan baru Allah di dunia, akan dimasukkan dalam sejarah keselamatan sebagai salah seorang daripada 12 orang Rasul, dan akan menulis dua surat yang akan menjadi Kitab Suci. 

Teman terdekat Yesus, yang ditugaskan untuk mengasaskan gereja, tidak dikerah daripada sekolah agama yang terbaik ataupun antara jurutulis yang terpelajar ataupun darah bangsawan di istana Herodes, tetapi dipilih, seperti banyak pemimpin Israel, daripada orang biasa. Kerajaan Allah kelihatannya bergerak menjauhi kedudukan berkuasa dan ke arah golongan yang tidak diduga, tidak kelihatan, dan tidak berkelayakan. Raja tukang kayu, yang lahir dalam keadaan miskin di sebalik kemuliaan, mencari pengikut-Nya di kalangan orang yang tidak dilihat oleh dunia ini. 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Characters of Easter: Simon Peter

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel Darling dalam pelan 10 hari ini untuk membongkar kehidupan Simon Petrus, watak yang tidak disangka-sangka dalam kisah Yesus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-characters-of-easter/