Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel
Yesus dan Orang yang Menderita
Penderitaan, seperti kemiskinan, wujud dalam pelbagai bentuk. Yesus menumpukan perhatian pada orang yang menderita dari segi fizikal atau rohani serta memberikan respons terhadap rayuan mereka.
Daripada perumpamaan dan catatan cerita Africa Study Bible yang bertajuk “Blind Enough to See (Cukup Buta untuk Melihat)”:
Ada pepatah yang popular dalam banyak budaya Afrika, terutamanya dalam kalangan orang Mendi di Sierra Leone, bahawa “anak yang menangis dengan paling kuat mendapat perhatian yang paling banyak daripada ibu.”
Pengemis yang buta di jalan ke Yerikho tidak dapat mengejar Yesus, tetapi ia berupaya mendapat perhatian Yesus dengan suaranya. Ia menjerit—dan mendapat perhatian Yesus seperti anak yang menjerit mendapat perhatian ibu bapanya.
Berseru kepada Yesus dengan beriman, walau apa pun situasi anda, akan mendapat perhatian-Nya. Pada waktu inilah jawapan bagi doa anda bermula. Anda tidak perlu hidup memendam derita atau memikul beban itu sendirian; Yesus ada dekat dengan anda dan anda cuma perlu memanggil nama-Nya dalam doa.
Renungan atau Perbincangan
Daripada reaksi orang buta itu, ia nampaknya mengetahui siapa Yesus itu. Apakah yang mungkin didengarnya tentang Yesus?
Orang ramai memanggil Dia “Yesus, orang Nasaret”, tetapi orang buta itu memanggil Dia "Yesus, Anak Daud". Apakah yang dinyatakan oleh dua gelaran yang berbeza ini tentang Yesus?
Mengapakah Yesus menanya orang buta itu apa yang diinginkannya memandangkan jawapannya adalah jelas?
Adakah lingkungan penderitaan anda yang memerlukan bantuan Yesus sekarang ini? Beritahu Dia dalam doa.
Kitab
Perihal Pelan
Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semua orang – bagaimanakah kumpulan pinggiran ini boleh berharap untuk menjalinkan hubungan dengan Allah yang kudus? Berdasarkan wawasan daripada Luke in the Africa Study Bible, ikuti Yesus semasa Dia merapatkan jurang antara Allah dan kumpulan terpinggir.
More