Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel
Yesus dan Orang Miskin
Kemiskinan wujud dalam pelbagai bentuk, rohani serta material. Yesus menjangkau orang yang menghadapi semua bentuk kemiskinan.
Daripada catatan penerapan Africa Study Bible yang bertajuk “Poverty of Spirit (Kemiskinan Hati)”:
Banyak orang miskin berkumpul untuk mendengar khutbah Yesus di atas bukit. Mereka menyedari bahawa mereka memerlukan bantuan harian untuk terus hidup. Yesus menarik perhatian mereka dan menjanjikan Kerajaan Allah kepada mereka, yang mewakili sukacita, penyembuhan, dan berkat sepenuh Allah. Demi menerimanya mereka perlu mengakui bahawa mereka memerlukan Dia. Yesus menggunakan orang miskin untuk menggambarkan keperluan setiap orang untuk mendekati Allah setelah mengakui kemiskinan mereka.
Orang yang mengalami kekurangan dari segi fizikal sering memiliki semangat yang lemah dan kekurangan motivasi untuk melakukan apa-apa. Mereka rasa hampa dan tidak mempunyai sebab untuk meneruskan hidup. Lebih teruk lagi, golongan ini rasa mereka tidak boleh menempatkan harapan mereka dalam mana-mana sistem politik atau sosial. Dunia ini dan ketidakadilannya telah mematahkan semangat mereka melalui kemiskinan. Dalam kehampaan, hanya Kerajaan Allah memberikan harapan pemulihan.
Kerajaan Allah bukanlah untuk orang miskin atau orang kaya, tetapi untuk setiap orang yang menyedari keperluan mereka akan Dia. Jika kita adalah miskin, kita tidak harus membenci pengetahuan sendiri akan kemiskinan kerana pengetahuan ini membenarkan kita untuk memahami betapa besarnya keperluan kita akan Allah. Pemahaman akan keperluan kita inilah yang membenarkan kita untuk mewarisi Kerajaan Syurga.
Renungan atau Perbincangan
Dari segi apakah anda pernah mengalami kemiskinan atau ketidakadilan dalam hidup anda? Bagaimanakah pengalaman ini mempengaruhi hidup anda dan cara hidup anda?
Mengapakah penting bahawa Kerajaan Allah bukanlah untuk orang kaya sahaja, atau orang yang memiliki kelebihan dalam hidup?
Bagaimanakah ketidakadilan dunia ini dan keadaan miskin membantu kita untuk menyedari bahawa kita memerlukan Allah?
Dari segi apakah kata-kata Yesus itu berita baik kepada orang yang mengalami ketidakadilan?
Kitab
Perihal Pelan
Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semua orang – bagaimanakah kumpulan pinggiran ini boleh berharap untuk menjalinkan hubungan dengan Allah yang kudus? Berdasarkan wawasan daripada Luke in the Africa Study Bible, ikuti Yesus semasa Dia merapatkan jurang antara Allah dan kumpulan terpinggir.
More