Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel
Yesus dan Orang yang Berdosa
Yesus tidak pernah menganggap sesiapa itu terlalu berdosa untuk diampunkan. Dia turut menyambut orang yang dibenci oleh seluruh masyarakat.
Daripada catatan penerapan Africa Study Bible yang bertajuk “The Scent of Forgiveness (Bau Pengampunan)”:
Kita semua gagal menjalankan hidup seperti yang diarahkan oleh Allah. Dosa kita menyakiti orang lain, ada kalanya dengan teruk. Orang percaya yang sebenar ingin diampunkan, oleh Allah dan orang yang disakiti.
Dalam cerita ini, seorang wanita yang berdosa amat menginginkan pengampunan sehinggakan ia berani memasuki rumah seorang pemimpin agama yang penting. Ia tidak dijemput, tidak layak, dan tidak dialu-alukan. Dalam kerendahan hati, ia tersungkur di hadapan Yesus. Ia menangis. Air matanya membasahi kaki-Nya, dan ia mencium kaki-Nya serta mengeringkannya dengan rambutnya. Semasa ia menuang minyak wangi yang mahal ke atas kaki Yesus, bau minyak wangi itu merebak di seluruh bilik itu.
Orang lain mungkin memaafkan atau tidak memaafkan kita apabila kita menyinggung perasaan mereka. Walau bagaimanapun, apabila kita tersungkur dalam kerendahan hati di kaki Yesus dengan hati yang remuk kerana dosa kita, Dia tidak mengetepikan kita. Dia berkata kepada kita, "Dosamu sudah diampunkan.”
Renungan dan Perbincangan
Wanita dalam cerita ini menjalankan hidup yang sangat berdosa dan telah melakukan kejahatan di sisi Allah. Pada pendapat anda, mengapakah Yesus mengampunkannya?
Adakah anda rasa tidak patut dipanggil anak Allah? Mengapa ya atau mengapa tidak?
Jika anda mengakui dosa anda kepada Yesus, adakah Dia akan mengampunkan anda? Apakah yang diajar oleh cerita ini tentang kerelaan Allah untuk mengampunkan kita?
Bagaimanakah kita harus memberikan respons terhadap pengampunan itu?
Kitab
Perihal Pelan
Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semua orang – bagaimanakah kumpulan pinggiran ini boleh berharap untuk menjalinkan hubungan dengan Allah yang kudus? Berdasarkan wawasan daripada Luke in the Africa Study Bible, ikuti Yesus semasa Dia merapatkan jurang antara Allah dan kumpulan terpinggir.
More