Mengikuti Yesus, Pengantara KitaSampel

Following Jesus Our Mediator

HARI 4 DARIPADA 7

Yesus dan Orang yang Ketakutan

Tiada ketakutan yang begitu besar sehinggakan Yesus tidak dapat menolong kita untuk mengatasinya. Tiada kegelapan yang terlalu pekat untuk ditembusi cahaya-Nya.

Daripada catatan Africa Study Bible yang bertajuk “The Light of Life (Cahaya Kehidupan)”:

Di banyak tempat, permulaan malam membawa rasa berat dan takut akan bahaya yang bersembunyi. Kebanyakan kejahatan dan jenayah berlaku dalam kegelapan. Ilmu sihir dan ilmu ghaib, pencurian dan pembunuhan, kelakuan tidak bermoral dan kemabukan kerap berlaku dalam kegelapan. Pembunuh, penyeludup malam, dan orang yang mencari tukang sihir bersembunyi dalam kegelapan. Kita tidak tahu apa yang tersembunyi di tempat gelap, jadi kita menantikan waktu subuh. 

Walau bagaimanapun, dengan Yesus, tiada orang yang perlu rasa takut akan kegelapan kerana apabila anda memilih untuk mengikut Dia, anda tidak lagi berjalan dalam kegelapan tetapi dalam sukacita cahaya-Nya. Sebenarnya, Dia digelar Cahaya bagi Dunia dalam Injil Yohanes. Sesiapa yang ingin diterangi oleh kehadiran Kristus—yang memberikan harapan dan arahan hidup—mesti mengaitkan diri dengan Kristus oleh iman. Inilah satu-satunya cara untuk menjadi "terang tanpa sebarang bahagian yang gelap . . . terang-benderang seperti sebuah pelita menerangi kamu dengan cahayanya” (Lukas 11:36). Membenarkan Yesus, Cahaya bagi Dunia, untuk memenuhi hidup anda ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan belitan kegelapan dunia dan kenikmatannya yang mengabui mata.

Renungan atau Perbincangan

1 Yohanes 1:5 mengatakan, “Allah itu cahaya, dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali.” Mengapakah penting bahawa Yesus dipanggil Cahaya bagi Dunia, dan bahawa tiada kegelapan pada-Nya?

Bagaimanakah anda menggambarkan perbezaan antara menjalankan hidup dalam kegelapan dan menjalankan hidup dalam terang? Hidup manakah yang menjadi pilihan anda?

Apakah ketakutan atau lingkungan kegelapan dalam hidup anda yang menghalang cahaya hidup-Nya daripada menerangi hidup anda? Mahukah anda meminta Dia untuk datang dan menyinarkan cahaya penyucian-Nya di setiap bahagian hidup anda yang gelap?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Following Jesus Our Mediator

Seorang pengemis yang buta berseru dengan kuat di tepi jalan, seorang perempuan yang dipandang hina sebagai perempuan jalang oleh masyarakat yang sopan, seorang pekerja kerajaan yang tidak berakhlak dan dibenci oleh semua orang – bagaimanakah kumpulan pinggiran ini boleh berharap untuk menjalinkan hubungan dengan Allah yang kudus? Berdasarkan wawasan daripada Luke in the Africa Study Bible, ikuti Yesus semasa Dia merapatkan jurang antara Allah dan kumpulan terpinggir.

More

Kami berterima kasih kepada Oasis International Ltd kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://Oasisinternationalpublishing.com