Besi Mengasah Besi: Pementoran Life-to-Life® dalam Perjanjian LamaSampel

Iron Sharpens Iron: Life-to-Life® Mentoring in the Old Testament

HARI 5 DARIPADA 5

Hari 5: Mordekhai dan Ester

Sebelum ini kita meneliti cerita Naomi dan Rut dan melihat bagaimana ibu mentua memainkan peranan yang penting dalam pementoran menantunya. Hari ini kita melihat bagaimana Allah boleh menggunakan kita untuk memberikan kesan terhadap kehidupan ahli keluarga demi keabadian, meskipun sepupu yang lebih muda (atau anak perempuan) yang berlainan jantina. 

Mordekhai tinggal di Susan, Persia, semasa pembuangan umat Allah. Ia mula menjadi mentor sepupunya, Ester, yang merupakan anak yatim, yang menjadi seperti anak perempuannya. Dalam proses ini, kita melihat bagaimana ia ialah orang yang betul untuk menyertai Ester pada masa yang betul, dan Ester ialah orang yang betul untuk merapatkan jurang antara umat Allah dan musuh mereka "untuk saat-saat seperti inilah”! 

Dalam sepuluh bab kitab Ester, kita melihat bagaimana perempuan muda yang tidak disangka-sangka ini bangkit untuk menjadi permaisuri. Disebabkan oleh umur muda dan kekurangan pengalamannya, serta sebagai tawanan Ibrani, Ester memerlukan pimpinan yang hanya dapat diberikan oleh penatua yang berpengalaman. 

Sepupu Ester, Mordekhai, memimpinnya sepanjang proses itu, dan semasa Ester mendengarnya, ia disukai oleh orang di sekelilingnya. Apabila rancangan jahat dibuat untuk menghapuskan bangsa Yahudi di negeri itu, Mordekhai memimpin Ester sepanjang perjalanan itu untuk mempercayai Allah dan mengantarai umat Allah. 

Allah campur tangan! Pementoran Mordekhai bukan sahaja mengubah hidup Ester, malah mengubah satu bangsa. Allah bukan sahaja menyelamatkan umat-Nya, malah melindungi kedatangan Tuhan Yesus Kristus kemudian! 

Sebenarnya, kita tidak mungkin mengetahui rancangan Allah semasa Dia memimpin dan menggunakan kita untuk menjalankan hidup ke hidup bersama dengan orang lain. Ya, Allah mengasihi setiap orang dan ingin melihat orang itu terus berkembang ke arah kesalihan. Pada masa yang sama, seperti yang telah dilihat dalam semua hubungan hidup ke hidup dalam pelan ini, memanglah jelas bahawa Allah sentiasa bekerja secara menakjubkan untuk menyatakan tujuan-Nya di dunia ini—menggunakan orang seperti anda dan saya dalam proses itu! 

Semoga ulasan tentang hubungan pementoran hidup ke hidup dalam Perjanjian Lama ini memberikan anda ilham untuk melabur dalam orang di sekeliling anda—di tempat tinggal anda, di tempat kerja anda, dan dalam doa anda! 

_____

Kami bersyukur kepada Dean Ridings, penulis The Pray! Prayer Journal, kerana menyediakan pelan bacaan ini. Layari juga, The Navigators.

Hari 4

Perihal Pelan

Iron Sharpens Iron: Life-to-Life® Mentoring in the Old Testament

Inginkah anda "menjadikan murid yang menjadikan murid," untuk mematuhi mandat Yesus dalam Amanat Agung (Matius 28:18-20)? Jika ya, anda mungkin mendapati sukar untuk menemui model peranan untuk proses ini. Teladan siapakah yang boleh diikut? Apakah maksudnya menjadikan murid dalam kehidupan sehari-hari? Marilah kita merujuk Perjanjian Lama untuk melihat bagaimana lima orang lelaki dan perempuan melabur dalam orang lain, Life-to-Life®.

More

Kami berterima kasih kepada The Navigators kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.navigators.org/youversion