Besi Mengasah Besi: Pementoran Life-to-Life® dalam Perjanjian LamaSampel
Hari 3: Naomi dan Rut
Sebagaimana Allah menggunakan Musa untuk membangkitkan Yosua sebagai pemimpin masa depan umat-Nya, demikianlah Allah menggunakan Naomi untuk menyertai menantu perempuannya, Rut, pada waktu yang amat lemah dan mudah diserang dalam hidupnya.
Kita membaca cerita mereka dalam empat bab kitab Rut. Kisah ini berlaku pada zaman Hakim-hakim selepas orang Ibrani menetap di tanah perjanjian tetapi sebelum penabalan raja pertama mereka. Kemarau di tempat itu menyebabkan lelaki yang bernama Elimelekh, isterinya Naomi, dan dua orang anak lelakinya untuk berpindah dari Betlehem ke Moab.
Tidak lama selepas berpindah, tragedi melanda kerana Elimelekh meninggal dunia. Dua orang anak lelaki Naomi mengahwini perempuan Moab, dan sekali lagi tragedi melanda apabila dua orang anak lelaki itu meninggal dunia. Seorang daripada isteri itu tinggal di Moab, sementara seorang lagi, Rut, mengikut ibu mentuanya balik ke Betlehem.
Rut, orang asing di Yudea, negeri suaminya, tinggal bersama dengan Naomi, yang menjadi mentornya. Jika anda memikirkannya, mereka berdua amatlah berbeza. Seorang adalah tua, dan seorang lagi muda. Mereka berasal daripada latar belakang etnik, budaya, dan agama yang berbeza.
Namun, ketika membaca cerita mereka, kita memerhatikan kesalingbergantungan yang sihat. Kita juga melihat Rut menjalinkan hubungan perjanjian dengan Naomi, yang merangkumi komitmen ikhlas Rut: "Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga. Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian.”
Cerita itu terbongkar dengan Noami yang menyertai Rut sementara Rut menemui seorang lelaki yang bernama Boas dan menjalinkan hubungan dengannya. Pementorannya membawa kepada perkahwinan Rut dan Boas. Rut akan menjadi moyang Raja Daud, maka menjadi nenek moyang Yesus, Mesias!
Cerita mereka mengingatkan kita bahawa hubungan hidup ke hidup antara generasi membawa faedah bersama. Kita betul-betul memerlukan satu sama lain! Inilah matlamat pemuridan Life-to-Life, setiap seorang berkongsi hidupnya dengan orang lain—“menjalankan hidup bersama-sama.” Seperti yang diperhatikan dalam keadaan Naomi dan Rut, hubungan seperti ini mungkin terjadi dalam keluarga kita!
Perihal Pelan
Inginkah anda "menjadikan murid yang menjadikan murid," untuk mematuhi mandat Yesus dalam Amanat Agung (Matius 28:18-20)? Jika ya, anda mungkin mendapati sukar untuk menemui model peranan untuk proses ini. Teladan siapakah yang boleh diikut? Apakah maksudnya menjadikan murid dalam kehidupan sehari-hari? Marilah kita merujuk Perjanjian Lama untuk melihat bagaimana lima orang lelaki dan perempuan melabur dalam orang lain, Life-to-Life®.
More