Besi Mengasah Besi: Pementoran Life-to-Life® dalam Perjanjian LamaSampel
Hari 1: Abraham dan Lot
Abraham memberikan kita contoh pementoran yang terawal dalam Perjanjian Lama. Ia berjalan bersama dengan anak saudaranya Lot, yang mengikutnya dari kampung mereka, Ur, ke tanah baru yang telah dijanjikan oleh Allah.
Dari mula lagi, Abraham ialah seorang mentor yang memberikan contoh. Lot memerhatikan Abraham bertemu dengan Allah, mendengar-Nya, dan bercakap dengan-Nya. Ia melihat bagaimana Abraham membina mazbah untuk Tuhan, yang muncul di hadapannya. Lot memerhatikan bagaimana Abraham bergantung sepenuhnya pada Allah, yang akan dipercayainya juga.
Sementara Tuhan memakmurkan mereka, tiba masanya tanah itu tidak dapat menampung kawanan ternakan dan khemah mereka, maka mereka perlu berpisah. Dengan baik budi, Abraham membiarkan Lot untuk memilih tempat pilihannya dahulu, dan Abraham akan berpindah ke tempat yang lain.
Perhatikan bagaimana Abraham menjaga anak saudaranya. Ia menyelamatkan Lot semasa Lot menghadapi krisis dan ia mendoakan Lot dan keluarganya bila krisis yang lain timbul.
Apakah pengajaran praktikal dalam pementoran hidup ke hidup yang diperoleh daripada hubungan ini? Pertama, jangan memandang rendah kuasa contoh peribadi! Melalui contoh anda, anda ialah seorang mentor kepada banyak orang, terutamanya orang yang berjalan rapat bersama dengan anda.
Kedua, kita perlu membenarkan menti kita untuk membuat pilihan sendiri. Kita mempunyai masa yang terhad bersama dengan mereka, dan kita mesti melepaskan mereka ke dalam penjagaan Allah untuk perjalanan yang jauh. Ada kalanya, mereka mungkin membuat pilihan yang tidak bijak, mungkin pilihan yang tragik (Kejadian 19:8, 33, 34). Pada masa yang sama, kita tidak pernah melepaskan mereka sepenuhnya. Kita tetap bersedia untuk digunakan oleh Allah untuk menyatakan kebenaran terhadap kehidupan mereka, untuk mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka agar menjalankan hidup yang berbuah dalam Tuhan.
Perihal Pelan
Inginkah anda "menjadikan murid yang menjadikan murid," untuk mematuhi mandat Yesus dalam Amanat Agung (Matius 28:18-20)? Jika ya, anda mungkin mendapati sukar untuk menemui model peranan untuk proses ini. Teladan siapakah yang boleh diikut? Apakah maksudnya menjadikan murid dalam kehidupan sehari-hari? Marilah kita merujuk Perjanjian Lama untuk melihat bagaimana lima orang lelaki dan perempuan melabur dalam orang lain, Life-to-Life®.
More