Besi Mengasah Besi: Pementoran Life-to-Life® dalam Perjanjian LamaSampel

Iron Sharpens Iron: Life-to-Life® Mentoring in the Old Testament

HARI 4 DARIPADA 5

Hari 4: Daud dan Yonatan

Persahabatan antara Daud dan Yonatan memberikan satu lagi gambaran pementoran Life-to-Life. 

Raja Saul ialah raja Israel yang pertama, dan Yonatan ialah anak lelakinya. Meskipun asalnya miskin, Saul mula mengetepikan Allah dan mula membina dinastinya. Sebahagian daripada dinasti itu bertujuan memastikan bahawa Yonatan akan menggantikannya sebagai raja kelak.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah rancangan Allah. Sebaliknya, Allah memimpin nabi Samuel untuk mengurapi pemuda gembala Daud sebagai pengganti Saul. Daud ialah "seorang yang menyenangkan hati Allah". Malangnya, Raja Saul tidak menyenangkan hati Allah. Oleh itu, disebabkan cemburu, Saul mengejar Daud tanpa belas kasihan dan berniat untuk membunuhnya demi membuka jalan untuk kenaikan takhta Yonatan sebagai penggantinya. (Lihat 1 Samuel 1-31.) 

Di tengah-tengah kehuru-haraan itu, sesuatu yang tidak dijangka berlaku: Daud dan Yonatan menjadi teman sejiwa; "berpadulah jiwa Yonatan dengan jiwa Daud, dan Yonatan mengasihi Daud seperti mengasihi dirinya sendiri." Tiada persaingan, tiada kekhuatiran bahawa salah seorang daripada mereka itu akan menjejaskan persahabatan itu; mereka berdua komited untuk saling membina antara satu sama lain dengan apa cara sekalipun. 

Kita melihat panggilan untuk hubungan faedah bersama dalam seluruh Alkitab. Ini dicerminkan dalam dua pepatah tertentu: "Ada sahabat yang tidak setia, ada pula yang lebih karib daripada saudara kandung", dan "Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain” (Amsal 18:24; 27:17). 

Daripada persahabatan Daud dan Yonatan, kita mempelajari kepentingan seseorang yang betul-betul "mempertahankan" anda. Sesungguhnya, anak Daud, Salomo, menulis, berdua lebih baik daripada seorang diri (Pengkhutbah 4:9-12), dan dengan Allah dalam hubungan ini, "Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan” (ay. 12). 

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Iron Sharpens Iron: Life-to-Life® Mentoring in the Old Testament

Inginkah anda "menjadikan murid yang menjadikan murid," untuk mematuhi mandat Yesus dalam Amanat Agung (Matius 28:18-20)? Jika ya, anda mungkin mendapati sukar untuk menemui model peranan untuk proses ini. Teladan siapakah yang boleh diikut? Apakah maksudnya menjadikan murid dalam kehidupan sehari-hari? Marilah kita merujuk Perjanjian Lama untuk melihat bagaimana lima orang lelaki dan perempuan melabur dalam orang lain, Life-to-Life®.

More

Kami berterima kasih kepada The Navigators kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.navigators.org/youversion