Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke AtasSampel

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

HARI 5 DARIPADA 6

Bagaimana Yusuf Mempercayai Allah dengan Kekecewaannya

Bayangkan anda menghadapi keadaan Yusuf. Anda bersiap sedia untuk berkahwin dan tunang anda—yang tidak pernah ada hubungan fizikal yang intim dengan anda—mengumumkan bahawa ia hamil dan ia mendakwa bahawa Allah ialah Bapa anak itu.

Anda boleh memahami rasa luka itu. Anda boleh memahami kekecewaan itu. Yusuf berasa bahawa satu-satunya cara keluar ialah meninggalkan hubungan itu. Itu pastilah waktu yang paling kelam dalam hidup Yusuf.

Tapi tahukah anda? Ia jugalah waktu yang paling cerah.

Pengalaman penyembahan anda yang paling mendalam dan intim berkemungkinan besar berlaku pada waktu anda yang paling kelam: apabila hati anda dipatahkan, apabila anda rasa diabaikan, apabila anda mati akal, apabila penderitaan anda adalah amat sangat—dan apabila anda kembali kepada Allah.

Kerana Allah akan muncul—setiap kali.

Mungkin anda menghadapi situasi yang sukar pada musim Krismas ini yang kelihatan tidak dapat dielakkan.

Lakukan apa yang dilakukan oleh Yusuf, dan ubahlah tumpuan anda.

Allah boleh membawa Yesus ke dunia ini tanpa Yusuf. Allah boleh mengatur suami yang lain untuk Maria. Tetapi Allah memilih Yusuf untuk menjadi sebahagian daripada cerita yang paling agung.

Rancangan Yusuf berubah secara dramatik apabila ia mengubah tumpuannya. Ia melihat malaikat yang menyatakan rancangan Allah dalam mimpinya. Matius 1:20 berkata, "Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, 'Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah'" (BM).

Daripada menumpukan perhatian pada masalahnya, Yusuf mempertimbangkan rancangan Allah kemudian melakukan apa yang diarahkan oleh malaikat itu.

Sejarah berubah sejak itu. Kehidupan tidak lagi sama.

Seperti Yusuf, anda mungkin rasa terperangkap. Anda tidak melihat penyelesaiannya. Tetapi Allah tidak akan meninggalkan anda dalam kekecewaan anda dan rasa putus asa anda. Tumpukan perhatian pada rancangan Allah. Dengarlah apa yang dikatakan oleh-Nya tentang situasi anda.

Percayalah Dia untuk mengendalikannya.

Alkitab berjanji, "Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu" (Amsal 3:5-6 BM).

Pilihlah untuk mempercayai Allah dengan kekecewaan anda pada musim Krismas ini.

Perbincangan

  • Apakah yang paling mengejutkan anda tentang reaksi Yusuf terhadap kehamilan Maria?
  • Apakah kekecewaan terbesar anda sekarang ini?
  • Adakah apa-apa yang menghalang anda daripada mempercayai Allah dengan kekecewaan anda sekarang ini?
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

Kita semua pernah mendengar frasa, "Things are looking up." Ia bermakna situasi bertambah baik. Alkitab memberitahu kita bahawa keadaan akan mula bertambah baik apabila kita mula memandang ke atas. Alihkan pandangan anda dari keadaan anda dan tumpukan pandangan anda pada Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren/Daily Hope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://pastorrick.com