Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke AtasSampel

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

HARI 2 DARIPADA 6

Penyelamat Anda yang Lemah Lembut Tetapi Berkuasa

Tahukah anda bahawa beberapa ribu tahun sebelum anda dilahirkan, Allah mengetahui apa yang anda perlukan?

Allah mengetahui bahawa anda memerlukan kekuatan yang lebih supaya anda tidak berputus asa.

Allah mengetahui bahawa anda memerlukan Penyelamat yang begitu besar sehinggakan seluruh dunia ini tidak dapat menguasai-Nya.

Allah mengetahui bahawa anda memerlukan Penyelamat yang begitu lemah lembut dan penyayang sehinggakan anda akan menghampiri-Nya semasa menghadapi keseksaan dan penderitaan.

Beberapa abad sebelum kelahiran Yesus, nabi Yesaya telah mengumumkan bahawa Allah akan mengutus Anak-Nya ke dunia ini. Pengumuman itu dibuat 700 tahun sebelum hari Krismas yang pertama.

Dia memberitahu kita bahawa Penyelamat itu adalah berkuasa dan peribadi—dan Dia cukup kuat untuk menyelamatkan kita, tetapi juga lemah lembut dan penyayang.

Lebih mengagumkan lagi, Allah memberitahu kita bahawa Yesus akan menjalinkan hubungan yang peribadi dengan kita.

Itu merupakan ramalan yang menakjubkan.

Allah menyatakan ini dalam Yesaya 40:

"Hai Yerusalem, naiklah ke atas gunung yang tinggi dan isytiharkanlah berita baik! Hai Sion, berserulah dengan suara yang lantang dan umumkanlah berita baik! Berserulah dan jangan takut. Beritahulah kota-kota di Yehuda bahawa Allah mereka akan datang! TUHAN Raja datang untuk memerintah dengan kekuasaan, Dia akan membawa umat yang telah diselamatkan-Nya. Dia akan menjaga umat-Nya seperti seorang gembala; Dia akan mengumpulkan dan mendukung anak-anak domba, dan dengan lemah lembut, memimpin induk-induk domba" (Yesaya 40:9-11 BM).

Sekali lagi, Yesaya bukan sahaja meramalkan sifat lemah lembut Yesus malah kuasa besar-Nya.

"Sesungguhnya, bangsa-bangsa seperti setitik air dalam timba dan dianggap seperti debu pada neraca. Sesungguhnya, Dia mengangkat pulau-pulau seperti debu halus" (Yesaya 40:15 AVB).

Kemudian, Yesaya bersifat peribadi, dan menerapkan kedatangan Yesus dalam kehidupan kita sekarang ini.

"Pandanglah ke langit dan perhatikanlah! Siapakah yang menciptakan bintang-bintang? Dia yang menyuruh bintang keluar seperti pasukan askar, Dia tahu akan jumlahnya, dan memanggil nama setiap bintang! Kuasa-Nya amat besar - tidak satu bintang pun yang hilang! . . . Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar? TUHAN ialah Allah yang kekal; Dialah yang menciptakan seluruh bumi. Dia tidak pernah letih atau lesu. Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya. Dia menguatkan orang yang lemah, dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya" (Yesaya 40:26, 28-29 BM).

Saya tidak tahu apa masalah yang anda hadapi pada Krismas ini. Saya tidak tahu apa beban yang anda pikul. Saya tidak tahu apa kesedihan, ketakutan, kerisauan, atau kekeliruan yang sedang anda rasa sekarang ini, tetapi saya tahu ini:

Pencipta anda menyertai anda—dengan kuasa tsunami dan lemah lembut bayi, dilahirkan di dalam palung lebih daripada 2,000 tahun lalu.

Perbincangan

  • Berfikir-fikir tentang satu masalah yang sedang dihadapi sekarang ini yang memerlukan kuasa Allah. Bagaimanakah pengalaman itu mendekatkan anda kepada Dia?
  • Bagaimanakah pemahaman akan sifat lemah lembut Allah itu penting kepada anda semasa menghadapi kesulitan?
  • Apakah perasaan anda semasa menyedari bahawa Allah mengetahui keperluan anda lama sebelum anda dilahirkan dan telah merancang untuk mengutus Yesus untuk memenuhi keperluan itu?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

Kita semua pernah mendengar frasa, "Things are looking up." Ia bermakna situasi bertambah baik. Alkitab memberitahu kita bahawa keadaan akan mula bertambah baik apabila kita mula memandang ke atas. Alihkan pandangan anda dari keadaan anda dan tumpukan pandangan anda pada Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren/Daily Hope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://pastorrick.com