Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke AtasSampel

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

HARI 4 DARIPADA 6

Allah Mempunyai Jawapan untuk Kebimbangan Anda

Ayuh berterus terang. Menjadi ibu bapa buat pertama kalinya adalah peralihan yang sukar bagi semua orang. Menyusu pada lewat malam, ritma biasa menukar lampin, dan pengalaman kolik yang susah boleh membuat ibu bapa yang paling bersedia rasa seolah-olah mereka merayau-rayau dalam keadaan bingung.

Bayangkan anda berada dalam situasi Maria. Meskipun ia ialah anak dara, malaikat melawatnya dan memberitahunya, "Kamu akan menjadi ibu kepada Anak Allah."

Itu merupakan pengumuman yang agak menekan.

Alkitab menyatakan Maria memberikan respons terhadap berita itu seperti kita—ia risau. "Maria gelisah mendengar kata-kata malaikat itu dan dia tertanya-tanya tentang makna salam itu" (Lukas 1:29 BM).

Pada Krismas ini, anda mungkin menghadapi situasi yang sama dengan Maria. Anda tidak tahu apa yang akan terjadi pada tahun depan. Allah memimpin anda kepada sesuatu yang baru. Kerja akan selesai. Hubungan nampaknya terputus.

Maka, anda risau.

Pada asasnya, kerisauan ialah isu kawalan. Percubaan untuk mengawal hal yang tidak terkawal. Kita tidak dapat mengawal ekonomi, maka kita risau tentang ekonomi. Kita tidak dapat mengawal anak kita, maka kita risau tentang anak kita. Kita tidak dapat mengawal masa depan, maka kita risau tentang masa depan. Walau bagaimanapun, kerisauan tidak pernah menyelesaikan apa-apa! Kerisauan itu berserabut tanpa melakukan apa-apa.

Apakah yang dilakukan oleh Maria tentang kerisauannya?

Ia mengubah perspektifnya dan berharap pada janji Allah.

Maria berkata: "...kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati" (Lukas 1:48 AVB).

Seluruh doa Maria dalam Lukas 1 dipenuhi ayat daripada Perjanjian Lama. Ia ialah wanita yang menurut Firman. Daripada menumpukan perhatian pada situasinya, ia menumpukan perhatian pada janji Allah.

Anda mungkin menghadapi situasi yang mustahil pada Krismas ini. Namun, Alkitab mengisytiharkan berulang kali bahawa Allah memelihara anda.

Allah berjanji untuk menolong kita semasa kita menjadi sihat, menjadi ibu bapa yang lebih baik, melunaskan hutang kita, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, melainkan kita mengetahui janji tersebut dan menuntutnya, kita akan mengalami risau yang tidak perlu tentang masa depan kita.

Sudahkah anda bersedia untuk mempercayai Allah untuk apa jua yang akan melanda anda pada tahun depan?

Perbincangan

  • Apakah kerisauan anda yang terbesar pada musim cuti ini?
  • Biasanya, bagaimanakah anda membenarkan kerisauan anda untuk mempengaruhi kehidupan harian anda?
  • Apakah beberapa janji Allah yang boleh anda harapkan untuk membantu anda mengatasi kerisauan tersebut?
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

Kita semua pernah mendengar frasa, "Things are looking up." Ia bermakna situasi bertambah baik. Alkitab memberitahu kita bahawa keadaan akan mula bertambah baik apabila kita mula memandang ke atas. Alihkan pandangan anda dari keadaan anda dan tumpukan pandangan anda pada Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren/Daily Hope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://pastorrick.com