Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke AtasSampel

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

HARI 3 DARIPADA 6

Janji Allah bagi Penderitaan Anda 

Kita sering mempunyai gambaran yang unggul dan romantik tentang hari-hari menjelang Krismas yang pertama.

Kita melihat kad Krismas dan babak kelahiran Yesus, dan kita mengandaikan waktu itu adalah tanpa tekanan. Walau bagaimanapun, itu adalah amat berbeza daripada keadaannya pada Krismas yang pertama itu.

Krismas yang pertama tidak bermula sebagai waktu yang menggembirakan bagi semua orang. Berita bahawa Yesus akan datang menyebabkan banyak orang berasa tertekan.

  • Maria berasa keliru dan risau. Malaikat telah memberitahunya bahawa ia akan melahirkan Anak Allah. Ia tidak tahu apa yang akan berlaku kepada pertunangannya dengan Yusuf. Masa depannya kelihatan suram.
  • Yusuf rasa terluka dan patah hati. Tunangnya memberitahunya bahawa ia hamil. Ia rasa terluka dan dikhianati.
  • Gembala takut. Mereka melihat cahaya yang terang dan menyaksikan malaikat yang muncul entah dari mana.
  • Orang majus keletihan. Mereka telah berjalan jauh untuk melawat Yesus. Mereka bersedia untuk berehat.

Anda mungkin rasa tertekan pada Krismas ini. Anda mungkin rasa keliru, terluka, takut, atau letih.

Apakah yang dinyatakan oleh cerita Krismas ini kepada anda?

Sepanjang beberapa renungan seterusnya, saya akan meneliti bagaimana setiap watak penting dalam cerita Krismas ini memberikan respons terhadap penderitaan mereka—dan bagaimana Allah telah mengubah segala-galanya bagi mereka.

Namun, mereka semua mempunyai satu persamaan: Mereka telah mengadu pada Allah.

Alkitab berkata, "Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu. Dia penyayang dan penuh rahmat; Dia sabar dan menepati janji-Nya; Dia sentiasa sedia mengampuni dan tidak suka menghukum" (Yoel 2:13 BM).

Walau apa pun yang sedang anda hadapi, Allah mengasihi anda. Apabila anda kembali kepada Allah, Dia tidak akan berpaling.

Pada Krismas pertama itu, setiap orang tersebut kembali kepada Allah. Mereka memandang Dia untuk memenuhi keperluan terbesar mereka.

Allah menyertai Maria, Yusuf, gembala, dan orang majus.

Dia akan menyertai anda juga.

Perbincangan

  • Antara orang yang disebut di atas, anda boleh kaitkan diri dengan siapa pada waktu ini, dan mengapa?
  • Apakah yang menghalang anda daripada kembali kepada Allah meskipun masalah yang dihadapi?
  • Bagaimanakah anda boleh membantu seseorang yang sedang bersedih pada musim Krismas ini?
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

Kita semua pernah mendengar frasa, "Things are looking up." Ia bermakna situasi bertambah baik. Alkitab memberitahu kita bahawa keadaan akan mula bertambah baik apabila kita mula memandang ke atas. Alihkan pandangan anda dari keadaan anda dan tumpukan pandangan anda pada Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren/Daily Hope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://pastorrick.com