Bagi Kita: Meraikan Ketibaan YesusSampel
Raja Damai
Kedamaian. Di mana kita tinggal atau apa yang kita percaya tidak jadi hal, kita semua inginkan kedamaian. Disebabkan jiwa kita inginkan kedamaian, kita cuba memperolehnya melalui pelbagai cara—orang, pemimpin, kewangan, keselesaan, bahan. Walau betapa kuatnya kita cuba, kita tidak mungkin memperoleh kedamaian sebenar yang kekal sehinggalah kita menemukan sumbernya.
Dalam Yesaya 9:6, Yesus digelar Raja Damai. Bahasa Ibrani mendefinisikannya seperti ini:
Raja — sar
Putera, pemerintah, pemimpin, pegawai, kapten
Damai — shalom
Kelengkapan, kesempurnaan, kebajikan, kedamaian, keselamatan; menjalin hubungan perjanjian dengan Allah
Apabila anda menggabungkan dua perkataan ini dalam suatu gelaran, anda memperoleh seorang pemimpin yang memberikan kesempurnaan, kedamaian, dan keselamatan. Menakjubkan, bukan? Dengan satu nama, Dia segera menjadi berbeza daripada mana-mana pemerintah manusia yang pernah hidup di dunia ini. Apabila Dia datang, Dia berpakaian kedamaian Allah.
Kedamaian Yesus mengundang ketenangan ke dalam hidup kita walau apa pun yang melanda kita. Dia memberikan kita kedamaian semasa pencubaan hidup dan menggalakkan kita untuk tidak risau (Yohanes 14:27). Dia memberikan kita kedamaian dalam perjalanan kita dengan Kristus sehingga Dia datang kembali (1 Tesalonika 5:23). Apabila ketakutan menguasai kita, kedamaian-Nya menenangkan kita, melindungi kita, dan kedamaian-Nya melebihi apa yang dapat difahami oleh fikiran kita yang terbatas (Filipi 4:7).
Yesus, Raja Damai kita, ialah satu-satunya cara kita dapat berbaik semula dengan Allah. Apabila kita berkata ya kepada Yesus dan mempercayai bahawa Dia telah mati dan bangkit semula, kita diundang untuk menjalinkan hubungan yang betul dengan-Nya. Dia ingin menjadi pemulih hubungan, dan dengan berbuat demikian, kita belajar menjadi orang yang membawa kedamaian dalam dunia yang amat memerlukan kedamaian.
Walau di mana pun anda berada dalam perjalanan anda dengan Kristus, luangkan masa pada hari ini untuk berfikir-fikir tentang Yesus sebagai Raja Damai anda.
Perihal Pelan
Dalam Yesaya 9:6, kita melihat bahawa Yesus ialah Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, dan Raja Damai. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meraikan ketibaan Yesus dengan mempelajari tentang nama-Nya yang berbeza, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.
More