Bagi Kita: Meraikan Ketibaan YesusSampel

Unto Us: Celebrating the Arrival of Jesus

HARI 1 DARIPADA 5

Seorang anak telah dilahirkan bagi kita

Dalam Alkitab, para nabi merupakan orang yang mendengar daripada Allah dan kemudiannya menyampaikan mesej itu kepada orang lain. Yesaya ialah nabi besar yang pertama dalam Perjanjian Lama. Menjadi nabi besar tidak bermaksud tulisannya adalah lebih penting—ia cuma bermaksud apa yang ditulis oleh nabi itu tidak dapat dimasukkan dalam satu skrol, sementara tulisan seseorang nabi kecil muat dalam satu skrol. 

Ia bernubuat kepada Yehuda selama kira-kira 80 tahun, dan kitabnya dipenuhi pelbagai nubuatan.  Di samping nubuatan tentang penghakiman Allah terhadap umat-Nya kerana mereka telah meninggalkan-Nya, ada juga nubuatan tentang penebusan Allah dan keselamatan melalui seorang Penyelamat, Yesus Kristus. Kita menemukan gambaran yang paling teliti tentang Yesus dalam seluruh Perjanjian Lama melalui nubuatan (atau ramalan) dalam kitab ini. 

Dalam Yesaya 7, ia bernubuat tentang kelahiran seorang anak lelaki yang akan mewakili hadirat Allah. Anak kecil ini akan digelar Imanuel, yang bererti "Allah berserta kita." Dua bab kemudian dalam Yesaya 9, kita menemui satu nubuatan yang paling menakjubkan tentang anak kecil ini, Yesus, yang disebut Mesias. Khususnya, ayat 6 menyatakan siapa Dia itu:

Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita;
lambang pemerintahan ada di atas bahunya,
dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa,
Bapa yang Kekal, Raja Damai
Yesaya 9:6 TB

Yesaya mengkhabarkan kelahiran Kristus ini 700 tahun sebelum Yesus akan memasuki dunia ini. Menakjubkan, bukan? Ia diberikan firman Allah tujuh abad sebelum peristiwa itu akan berlaku! Bukan itu sahaja, anak kecil ini akan menjadi pemerintah dunia ini, dan Dia akan memiliki nama yang hanya diberikan kepada Allah—Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.

Dalam selebihnya Pelan ini, kita akan mempelajari lebih lanjut tentang nama yang telah diberikan kepada Yesus dalam Yesaya 9. Kita juga akan melihat bahawa ia adalah lebih daripada nama semata-mata—ia sebenarnya gambaran sifat-Nya! Yesus Kristus, Mesias dan Penyelamat dunia ini, betul-betul Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai kita.

Hari 2

Perihal Pelan

Unto Us: Celebrating the Arrival of Jesus

Dalam Yesaya 9:6, kita melihat bahawa Yesus ialah Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, dan Raja Damai. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meraikan ketibaan Yesus dengan mempelajari tentang nama-Nya yang berbeza, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.