Bagi Kita: Meraikan Ketibaan YesusSampel
Bapa yang Kekal
Perkataan bapa boleh membangkitkan pelbagai emosi. Kita mungkin senyum apabila mendengar perkataan itu, kerana ia membangkitkan kenangan manis tentang bapa kita. Ataupun, hati kita rasa hancur kerana merindui bapa kita, atau berasa sedih akan hubungan yang tidak pernah memenuhi jangkaan kita. Walau macam mana pun anda memandang bapa duniawi anda, Bapa Syurgawi anda amat mengambil berat terhadap anda dan sentiasa ada dekat dengan anda.
Yesaya 9:6 memberitahu kita bahawa Yesus ialah Bapa yang Kekal. Bahasa Ibrani mendefinisikannya seperti ini:
Bapa — ‘ab
Bapa; Allah sebagai Bapa; pemerintah atau ketua
Kekal — ‘ad
Masa depan yang abadi, berterusan; kewujudan yang berterusan
Dua perkataan ini memberitahu kita bahawa Yesus, Bapa kita yang Kekal, ialah Allah yang wujud berterusan. Ini bermaksud Dia wujud sebelum dunia diciptakan, dan Dia wujud tanpa bantuan sesiapa pun. Dia tidak dicipta, dan tidak memerlukan bantuan sesiapa atau sesuatu pun. Dia menetapkan standard dengan secukupnya bagi mana-mana bapa duniawi. Dia menjaga kita dan bersikap seperti bapa yang lemah lembut.
Kita mungkin tidak memahami sepenuhnya kebaikan Bapa kita yang Kekal kerana pengalaman duniawi kita. Salah satu cabaran terbesar dalam memahami Bapa kita yang Kekal ialah bagasi yang kita pikul daripada bapa duniawi kita. Sama ada kita mempunyai seorang bapa yang boleh dipercayai, berhubungan baik dengan kita dan penyayang atau bapa yang berhubungan renggang, cuai, dan jahat, Yesus ialah Bapa yang diidamkan oleh semua orang. Berita baiknya adalah Dia telah datang ke dunia ini untuk mengambil keremukan kita dan menggantikannya dengan keabadian yang dipenuhi harapan.
Kita tidak perlu takut bahawa kita akan dipisahkan daripada Yesus. Dia kekal abadi dan sentiasa ada dekat dengan kita. Kematian, ketakutan akan masa depan, atau apa-apa yang lain yang wujud tidak dapat memisahkan kita daripada Bapa kita yang Kekal. Kita mungkin tidak tahu apa yang bakal berlaku, tetapi kita boleh mempercayai-Nya sepenuhnya. Dia layak.
Melayah ke belakang dan berehat dalam dakapan Bapa anda yang kekal. Luangkan masa untuk berbual dengan-Nya dan mendengar pimpinan-Nya terhadap kerisauan dan kegembiraan yang membebani hati anda.
Perihal Pelan
Dalam Yesaya 9:6, kita melihat bahawa Yesus ialah Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, dan Raja Damai. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meraikan ketibaan Yesus dengan mempelajari tentang nama-Nya yang berbeza, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.
More