7 Hari Cerita Krismas: Renungan Adven SekeluargaSampel
Hari 7: Orang Majus
Orang majus, juga dikenali sebagai ahli kaji bintang, datang dari sebelah timur untuk mencari Yesus. Banyak guru Alkitab mempercayai bahawa orang ini mengkaji sains angkasa lepas, atau apa yang kita gelar astronomi sekarang ini. Mereka mempercayai bahawa orang majus adalah bijak, kaya, dan sangat dihormati. Sementara Alkitab tidak memberitahu kita berapa orang majus yang datang mencari Yesus, ajaran tradisional ialah tiga orang. Itu disebabkan mereka membawa tiga hadiah yang berharga iaitu emas, kemenyan dan mur.
Guru Alkitab berkata bahawa orang majus tidak sampai ke rumah Yesus sehingga Dia berumur antara 16 hingga 24 bulan. Apabila mereka memasuki rumah itu dan nampak Yesus, mereka sujud, mempersembahkan hadiah mereka dan menyembah Dia. Kemudian, Allah mengingatkan mereka dalam mimpi untuk tidak memberitahu Raja Herodes tentang lokasi Yesus kerana Allah tahu Herodes berniat untuk membunuh Yesus. Mentaati Allah, mereka pulang ke negeri mereka di timur melalui jalan yang lain.
Orang majus merupakan orang bukan Yahudi yang pertama, yang disebut dalam Alkitab yang menyembah Yesus sebagai Mesias. Mereka memahami kepentingan kelahiran Yesus. Allah sendiri telah datang ke dunia ini sebagai manusia—sesungguhnya hadiah yang murah hati dari syurga! Mereka memberikan respons dengan mempersembahkan hadiah yang amat berharga kepada Dia.
Aktiviti Keluarga: Bagi aktiviti ini, bermurah hati bersama dengan keluarga anda. Jemputlah anak anda untuk memberikan mainan mereka atau membeli hadiah dengan wang sendiri untuk keluarga yang dalam kesusahan. Hantar hadiah itu bersama dengan anak anda. Ataupun, membawa anak anda untuk memberikan wang mereka semasa waktu persembahan gereja. Bersama-sama, fikirlah cara lain untuk bersikap murah hati dan memberikan lebih banyak lagi. Gunakan aktiviti ini untuk membincangkan bagaimana kasih Yesus terhadap kita ialah suatu hadiah dan satu cara kita boleh membalas-Nya ialah dengan bersikap murah hati terhadap orang lain.
Soalan Perbincangan Keluarga:
• Apakah hadiah kegemaran yang pernah anda berikan kepada orang lain?
• Apakah perasaan anda semasa memberikannya?
Pelan ini telah diadaptasi daripada sumber yang lain. Ketahui lebih lanjut di www.25ChristmasStories.com
Kitab
Perihal Pelan
Nampaknya kita semua memerlukan dakapan, hubungan yang sebenar, dan sesuatu yang menyeronokkan untuk diraikan sekarang ini. Doa kami ialah agar renungan Adven ini memberikan anda dan keluarga anda cara untuk berhubungan, mendapat tahu tentang cerita Krismas yang sebenar, dan meraikan kelahiran Yesus dengan tradisi yang baru, cerita waktu makan malam, perbualan waktu tidur dan aktiviti keluarga. Kami berharap "dakapan" Krismas ini membawa memori yang indah ke rumah anda pada musim Adven ini!
More