7 Hari Cerita Krismas: Renungan Adven SekeluargaSampel
Hari 4: Yesus
Yesus ialah cerita Krismas! Tanpa Yesus, kita akan menghadapi masalah yang besar. Kita memerlukan seorang Penyelamat untuk menyelamatkan kita daripada dosa. Seperti yang dikatakan oleh malaikat, kedatangan Yesus ialah "Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang" (Lukas 2:10). Allah Bapa amat mengasihi kita sehinggakan Dia memilih untuk mengutus Anak tunggal-Nya dari syurga ke dunia ini untuk dilahirkan sebagai bayi.
Walau bagaimanapun, berita baik ini tidak berakhir di sini. Yesus amat mengasihi kita sehinggakan Dia membesar, menjalankan kehidupan yang sempurna, dan mati di tempat kita untuk menanggung dosa kita. Sesudah itu, Yesus bangkit daripada kematian tiga hari kemudian! Dia naik ke syurga dan tinggal di sana sekarang ini. Disebabkan Yesus hidup, kita boleh menjalinkan hubungan yang menakjubkan dengan Allah sekarang ini dan selama-lamanya. Inilah berita baik yang terbaik! Apabila kita mempercayai Yesus, kita menjadi anak Allah. Dia memimpin kita, diam dalam kita, menjadi sahabat kita, mengajar kita tentang jalan-Nya, dan mendengar doa kita. Dalam pada itu, kita boleh mengasihi orang lain sebagaimana Allah mengasihi kita. Yesus berkata, "Aku mengasihi kamu seperti Bapa mengasihi Aku. Hendaklah kamu tetap hidup sebagai orang yang Aku kasihi" (Yohanes 15:9). Kasih yang menakjubkan ini ialah tujuan Krismas. Ia merupakan berita yang terbaik yang mungkin kita dengar!
Aktiviti Keluarga: Rancanglah parti hari jadi Yesus. Anda boleh memilih untuk mengadakan parti pada hari Krismas atau pada masa yang sesuai dengan rancangan keluarga. Walau bagaimanapun, buatlah pengaturan bersama dengan anak anda hari ini. Belilah ramuan untuk membakar kek. Belilah belon atau hiasan yang lain. Pada hari parti itu, nyanyilah lagu karol dan "Selamat Hari Jadi." Ceritakan bagaimana Yesus telah mengubah hidup anda. Jadikan ini perayaan keluarga anda yang tersendiri. Wujudkan tradisi yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Soalan Perbincangan Keluarga:
• Gambarkan berita baik berkenaan betapa besarnya kasih Yesus terhadap anda.
• Bagaimanakah kasih Yesus terhadap anda telah mengubah fikiran anda tentang Krismas?
• Bagaimanakah ia mengubah cara anda melayan orang lain? Berikan beberapa contoh.
Perihal Pelan
Nampaknya kita semua memerlukan dakapan, hubungan yang sebenar, dan sesuatu yang menyeronokkan untuk diraikan sekarang ini. Doa kami ialah agar renungan Adven ini memberikan anda dan keluarga anda cara untuk berhubungan, mendapat tahu tentang cerita Krismas yang sebenar, dan meraikan kelahiran Yesus dengan tradisi yang baru, cerita waktu makan malam, perbualan waktu tidur dan aktiviti keluarga. Kami berharap "dakapan" Krismas ini membawa memori yang indah ke rumah anda pada musim Adven ini!
More