7 Hari Cerita Krismas: Renungan Adven SekeluargaSampel
Hari 5: Gembala
Seperti Maria, ibu Yesus, para gembala yang hidup pada zaman Yesus kurang berseronok-seronok. Mereka tidak dipandang tinggi. Menjadi gembala adalah kerja yang susah, dan pekerjaan ini kerap ditugaskan kepada anak bongsu dalam sesebuah keluarga itu. Daud juga, sebelum ia menjadi raja, diketepikan kerana ia cumalah budak gembala. Namun, Allah sering menyatakan diri-Nya kepada orang yang tidak diendahkan dalam dunia ini untuk menunjukkan bahawa Dia lebih mengutamakan isi hati.
Dalam Lukas 2, anda hampir dapat mendengar keterujaan dalam suara gembala semasa mereka bergesa-gesa ke Betlehem untuk mencari Yesus. Melihatnya dengan mata mereka, mereka memuja Yesus, maksudnya mereka menyukai segala sesuatu tentang Dia. Dalam perjalanan balik ke padang, gembala itu tidak berdiam tentang apa yang telah diperhatikan itu.
Mereka memberitahu semua orang yang mereka jumpa tentang kasih mereka terhadap Yesus! Beberapa tahun kemudian, semasa pelayanan Yesus, Dia berkata, "Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya" (Yohanes 10:11). Yesus bercakap tentang mati di salib sebagai pengorbanan untuk dosa kita. Mungkin itulah sebabnya Allah menggunakan gembala yang teruja ini sebagai utusan pertama-Nya untuk berkongsi berita baik tentang kelahiran Yesus!
Aktiviti Keluarga: Nabi Yesaya menulis, "Betapa baiknya melihat kedatangan utusan, dia datang melintasi pergunungan, dan membawa berita baik, berita kedamaian! Dia mengisytiharkan penyelamatan, dan berkata kepada Sion, 'Allahmu memerintah!'” (Yesaya 52:7). Bayangkan kaki gembala pada Krismas pertama itu yang berlari ke seluruh kawasan desa mengkhabarkan Berita Baik tentang Yesus! Pada malam ini, gunakan kaki anda untuk membawa Berita Baik. Mulakan di rumah. Berdoa bersama-sama dan meminta Allah untuk menambahkan kasih anda terhadap Dia. Kemudian, berjalan di sekeliling kawasan kejiranan anda sambil berdoa, mendoakan orang dalam setiap rumah. Gunakan aktiviti ini sebagai batu loncatan untuk bercakap kepada anak anda tentang cara berkongsi kasih Yesus dengan orang di sekeliling anda.
Soalan Perbincangan Keluarga:
• Apakah yang sangat anda kasihi sehinggakan anda memberitahu orang lain tentangnya (mainan, kawan, kenangan, dsb.)?
• Pernahkah anda memberitahu orang lain tentang Yesus dengan keterujaan yang sama?
Perihal Pelan
Nampaknya kita semua memerlukan dakapan, hubungan yang sebenar, dan sesuatu yang menyeronokkan untuk diraikan sekarang ini. Doa kami ialah agar renungan Adven ini memberikan anda dan keluarga anda cara untuk berhubungan, mendapat tahu tentang cerita Krismas yang sebenar, dan meraikan kelahiran Yesus dengan tradisi yang baru, cerita waktu makan malam, perbualan waktu tidur dan aktiviti keluarga. Kami berharap "dakapan" Krismas ini membawa memori yang indah ke rumah anda pada musim Adven ini!
More