Disembuhkan oleh Yesus Sampel
Sebahagian daripada Pakaian
Dalam Markus 5, kita melihat Yesus melakukan dua perkara sekaligus—membangkitkan orang yang sudah mati dan menyembuhkan orang yang sakit. Anak perempuan itu ialah anak kepada pemimpin rumah ibadat Yahudi, Yairus, yang amat dihormati dalam masyarakat. Namun, bapa yang terdesak ini sujud dan memohon Yesus untuk menyembuhkan anak kesayangannya. Apabila Yesus melihat ini, Dia segera pergi bersama-samanya.
Perkara yang menarik tentang cerita ini adalah dalam perjalanan Yesus untuk isu penyembuhan anak perempuan yang hampir mati yang lebih mendesak, Dia "terganggu." Banyak orang mengikut-Nya dan mengelilingi-Nya. Namun, sesuatu yang tidak diduga berlaku yang mengalihkan perhatian Yesus daripada tujuan yang dirancang-Nya—Dia rasa ada kuasa yang telah keluar daripada-Nya.
Murid-murid-Nya tergamam apabila Dia menanya siapa yang telah menyentuh-Nya, kerana terdapat banyak orang yang mengasak-Nya dari semua sisi. Walau bagaimanapun, Yesus berkeras mahu mencari orang tersebut. Apabila Dia menanya siapa yang telah menyentuh pakaian-Nya, wanita itu segera sujud di hadapan Yesus dan memberitahu-Nya segala-galanya. Ia menjelaskan bahawa ia mengalami penyakit pendarahan selama 12 tahun, dan sudah melakukan segala sesuatu yang mungkin dan menghabiskan segala hartanya untuk mencari penyelesaiannya. Ia tidak berjaya, dan keadaannya menjadikannya orang terbuang sehinggakan tiada orang yang dapat membantunya. Sehingga ia menemui Yesus.
Penyembuhan serta-merta itu menamatkan perang 12 tahun yang tidak tertahan dan pemulauan bagi wanita ini...begitu sahaja. Ia tidak perlu meminta Yesus untuk memerintahkan penyakitnya untuk meninggalkannya atau memohon-Nya untuk menyentuh tubuh-Nya supaya darah itu akan menjadi kering. Ia tidak perlu membuat janji temu dengan Mesias untuk prosedur luar biasa atau regimen herba luar biasa untuk disembuhkan. Ia mendengar tentang apa yang telah dilakukan oleh Yesus dan fikir menyentuh pakaian-Nya sahaja adalah memadai. Jadi, itulah yang dilakukannya. Dan memanglah memadai.
Perkara yang menakjubkan tentang cerita ini adalah berdasarkan alasan-alasan teknik Yesus tidak melakukan apa-apa untuk menyembuhkan wanita itu. Ya, kuasa-Nya telah menyembuhkannya, tetapi Dia tidak mengucapkan penyembuhan atau menyentuh tubuhnya. Ia datang kepada Yesus. Ia mempercayai bahawa sentuhan-Nya dapat menyembuhkannya, meskipun sebahagian daripada pakaian-Nya sahaja.
Adakah kita memiliki iman seperti itu berhubung dengan keperluan penyembuhan kita? Sama apa kita sakit selama 12 hari atau 12 tahun, adakah kita mempercayai bahawa satu sentuhan kecil daripada Yesus berkuasa untuk menyembuhkan kita? Wanita ini menunggu lama untuk penyembuhan dan pada masa yang tepat sekali, ia menerima penyembuhannya.
Semoga kita didorong untuk tidak berputus asa. Janganlah lembap dalam penantian kita, sebaliknya, menanti dengan menjangka bahawa Yesus sedang bekerja dalam kita sehingga waktu Dia membawakan penyembuhan.
Kitab
Perihal Pelan
Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita.
More