Disembuhkan oleh Yesus Sampel

Healed by Jesus

HARI 3 DARIPADA 6

Satu Cara Aneh untuk Menyembuhkan

Yohanes 9 membuka dengan memberitahu kita tentang seorang lelaki yang dilahirkan buta. Kita tidak tahu usianya, tetapi ia buta sejak lahir. Selepas berbincang dengan murid-murid-Nya tentang situasi itu, Yesus menjalankan penyembuhan ini dalam cara yang aneh sekali. Dia meludah ke tanah dan meliat tanah dengan ludah-Nya. Kemudian Dia menyapukan tanah itu pada mata lelaki itu. Ya, anda baca dengan betul. Sesudah itu, Dia memberitahu lelaki buta itu untuk pergi basuh mukanya di kolam yang berdekatan. Apabila lelaki buta itu kembali, ia dapat melihat! 

Cerita ini mungkin membuat murid-murid-Nya dan orang lain tertahan nafas dengan rasa tidak percaya. Mereka mungkin tertawa. Di sini Yesus, Anak Allah, yang telah melaksanakan banyak mukjizat dengan mengucapkan kata-kata dan menyentuh orang, dan pada kali ini, Dia menyapukan lumpur pada mata orang buta dan memintanya berjalan ke sumber air yang berdekatan untuk membersihkannya. Setelah itu dilakukan barulah lelaki itu dapat melihat. Aneh atau tidak, ini adalah cara yang dipilih oleh Yesus untuk menyembuhkannya.

Terdapat satu bahagian yang penting dalam cerita ini yang tidak harus terlepas perhatian kita. Pada mulanya, murid-murid Yesus mengajukan soalan kepada Yesus yang mungkin mengejutkan kita: "Guru, siapakah yang berdosa sehingga orang ini dilahirkan buta? Diakah atau ibu bapanya?" (Yohanes 9:2 BM) Kebanyakan daripada kita tidak akan menganggap bahawa dosa seseorang atau dosa ibu bapa mereka telah menyebabkan seseorang itu dilahirkan dengan sesejenis kecacatan atau penyakit. Namun, pada waktu Yesus berada di dunia ini, memanglah pandangan hidup yang biasa untuk menganggap bahawa tindakan seseorang telah menyebabkan nasib mereka itu. Demikianlah cara Yesus memberikan respons terhadap murid-murid tersebut:

Yesus menjawab, "Orang ini buta bukan kerana dosanya sendiri ataupun dosa ibu bapanya, tetapi supaya kuasa Allah boleh dinyatakan dalam hidupnya." Yohanes 9:3 BM

Ini harus membuat kita gembira seperti kegembiraan lelaki yang menerima penyembuhan penglihatannya itu. Sesungguhnya ayat yang dipenuhi harapan bagi semua orang yang mengalami penyakit dan kecacatan dan memerlukan penyembuhan! Penyakit, kecederaan, dan kecacatan meremukkan hati yang kita alami dari segi fizikal, rohani, mental, dan emosi boleh menjadi saluran yang digunakan untuk menunjukkan kuasa Allah. Pada waktu yang paling sukar—apabila kita  tertanya-tanya sama ada Allah mendengar—kita masih boleh mempercayai bahawa suatu hari nanti pergumulan kita akan menghasilkan buah. Melalui penderitaan dan kekecewaan anda, terdapat peluang untuk seseorang melihat betapa baiknya Allah dan bagaimana Dia bekerja dalam serta melalui keadaan kita.

Jadi, marilah berpegang pada harapan bahawa segala sesuatu dalam kehidupan kita yang menyebabkan kekecewaan yang terbesar mungkinlah cara di mana seseorang yang lain dapat melihat kasih dan harapan Allah.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Healed by Jesus

Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita.

More

Pelan Alkitab original ini dicipta dan disediakan oleh YouVersion.