Disembuhkan oleh Yesus Sampel
Orang yang Bersyukur
Dalam Lukas 17:11-19, kita diberitahu tentang cerita di mana Yesus menjumpai sepuluh orang kusta. Penyakit mereka berjangkit dan menyebabkan mereka dijauhi masyarakat. Namun, mereka berseru kepada Yesus dan berkata, "Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!" (Lukas 17:13 BM)
Apabila diminta, Yesus tidak bercakap dalam perumpamaan atau menanya soalan. Dia hanya memberitahu mereka untuk pergi "perlihatkanlah dirimu kepada imam-imam" (Lukas 17:14 TB). Mereka berbuat demikian, dan dalam perjalanan mereka itu, ayat itu menyatakan bahawa mereka disembuhkan. Setiap seorang daripada mereka telah disembuhkan.
Seperti yang dibincangkan, cara Yesus menyembuhkan orang adalah unik dan jarang sekali sama. Kali ini tidak berbeza juga. Cara sepuluh orang kusta itu disembuhkan adalah apabila mereka diberikan arahan oleh Yesus untuk pergi memperlihatkan diri kepada imam. Dia tidak mengucapkan doa yang panjang untuk mengusir penyakit itu. Dia tidak juga menyentuh mereka supaya penyakit itu akan meninggalkan mereka dengan serta-merta. Tidak, Dia cuma memberitahu mereka untuk melakukan sesuatu, dan semasa mereka melakukannya, mereka disembuhkan.
Sepuluh orang lelaki yang dipersendakan dan dibuang oleh masyarakat dan hanyaseorang sahaja yang berpatah balik untuk mengucapkan terima kasih kepada Yesus adalah agak membingungkan, bukan? Kita menjangka orang kusta yang sakit dan dibenci itu untuk patah balik dan sujud di hadapan Yesus. Hanya seorang sahaja yang patah balik. Seorang kusta sujud di hadapan Yesus dan memuji Allah.
Peristiwa berlaku dalam kehidupan harian kita yang harus membuat kita sujud di hadapan Yesus dengan hati yang penuh syukur. Banyak perkara yang kita sedari, seperti hubungan yang sihat, pekerjaan yang mendatangkan kepuasan, dan peruntukan kewangan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang melewati pandangan kita dan kita tidak menyedarinya untuk bersyukur. Kita tidak mengetahui segala sesuatu yang Allah telah lindungi kita daripada, tetapi anda boleh tetap yakin, bahawa Dia memang melindungi anda.
Marilah menjadi orang yang bersyukur dan mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah kita yang baik. Dia bergerak dengan berkuasa dalam kehidupan kita setiap hari. Dia mengangkat kita apabila kita dibebani, dan menguatkan kita semasa kita lemah. Dia merupakan pemberi kurnia dan pemulih hubungan yang paling menakjubkan. Dia sentiasa dekat dengan kita, memimpin dan membimbing kita apabila kita mengambil langkah untuk lebih mempercayai-Nya. Dia sudah pasti layak menerima kesyukuran kita.
Kitab
Perihal Pelan
Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita.
More