Berniaga Secara Luar BiasaSampel

Doing Business Supernaturally

HARI 6 DARIPADA 6

Orang mati tidak bermain luncur keluang 

Kelmarin kita berbincang tentang tidak menyalibkan orang yang telah bangkit. Semasa menjalankan kehidupan kebangkitan semula...menyedari bahawa Allah menyertai kita dan Roh-Nya tinggal di dalam kita...kita berjalan secara berani dan yakin. Ini ialah gaya hidup yang tidak pernah kita alami semasa kita dilanda dosa dan kesepian kita. 

Saya menghabiskan bertahun-tahun di gereja yang dihantui keinginan untuk menjadi rendah hati. Bukanlah jenis yang sihat. Kami tidak memberikan kesan terhadap banyak orang untuk Kristus. Namun, apabila saya mula berjalan dalam kuasa kebangkitan, saya memulakan perjalanan yang dipenuhi pengembaraan! Saya tidak pernah lebih berseronok daripada menjalankan gaya hidup yang baru ini. Gaya hidup ini dapat dicapai oleh setiap orang yang mempunyai Roh Kudus yang tinggal di dalamnya. 

Saya ingin berkongsi cerita tentang Mark. Mark bekerja di sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ateis Yahudi. Mark belajar menjalankan gaya hidup kebangkitan, dan ia memutuskan untuk mula berdoa untuk rakan sekerjanya. 

Pada suatu hari, ia mendengar pemilik yang tidak percaya itu mengatakan bahawa ia mendapat migrain. Mark memberanikan diri dan menawarkan diri untuk berdoa agar ia disembuhkan. Dalam keadaan terdesak, bosnya bersetuju. Mark mengucapkan doa yang pendek dan bosnya disembuhkan serta-merta! Bosnya rasa kagum, tetapi cerita itu tidak berakhir begitu saja. 

Tidak lama kemudian, syarikat itu menyewa sebuah pusat luncur keluang untuk persidangan industri di Las Vegas. Ini merupakan peluang yang penting untuk pemimpin syarikat itu berhubung dengan klien mereka. Malangnya, sebelum acara itu bermula, ribut petir yang kuat melanda. Operator luncur keluang itu memaklumkan bosnya bahawa ia perlu menghentikan operasi aktiviti itu. Ribut membahayakan aktiviti itu. 

Bos Yahudi yang merupakan seorang ateis itu tidak mahu menerima keputusan ini. "Mark! Mari ke sini." Bosnya mengarahkan Mark untuk berdoa agar ribut itu diarahkan ke tempat lain. 

Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya fikir ini agak menakutkan. Sakit kepala ialah satu perkara, ribut yang kuat ialah satu perkara yang lain. Mungkinkah Allah mengabulkan ini? Pernahkah sesiapa cuba melakukan ini sejak Yesus? 

Tekanan ini adalah hebat. Mark berdiri di suatu sudut bilik itu dan menghantar pesanan ringkas kepada kawan dan keluarganya untuk meminta...tidak, merayu agar mereka berdoa bersama-sama. Sudah tiba masanya untuk Allah bergerak! Semasa ia menghantar pesanan itu, ia boleh mendengar suara bosnya yang berada jauh daripadanya. Bosnya telah mengumpulkan semua klien untuk menjelaskan apa yang akan berlaku...

"Kami baru dimaklumkan bahawa ribut akan menghentikan aktiviti luncur keluang ini. Tapi kakitangan kami, Mark, akan berdoa. Kemudian, ribut itu akan bertukar haluan dan kami akan terus bermain luncur keluang. Terima kasih atas kesabaran kamu." 

Hati Mark menjadi lemah. Walau bagaimanapun, pada waktu itu, seorang kawannya membalas bahawa ia terbayang gambar "kubah perlindungan" mengelilingi luncur keluang itu. Dipenuhi keberanian, Mark keluar dan berdoa agar ribut itu bertukar haluan. 

Ribut itu terus menghampiri mereka. Kemudian, sesuatu yang aneh berlaku. Awan ribut itu kelihatan terbelah dua. Ribut itu berlalu di kiri dan di kanan. Kawasan luncur keluang itu tidak menerima setitik hujan pun. Seseorang yang berdiri di tempat yang jauh mengambil gambar peristiwa itu dan memang kelihatan seolah-olah ada kubah yang melindungi tempat itu. Kawasan yang tidak menerima hujan. 

Allah dimuliakan. Banyak orang rasa terharu dan cerita itu tersebar luas. Pengaruh Mark bertambah di mata CEO itu. Siapakah yang anda rasa bos itu akan panggil semasa ia berhadapan dengan keputusan yang susah? 

Adakah anda sedar bahawa Mark tidak perlu menjadi CEO untuk berpengaruh besar? Seperti Daniel, Yusuf, dan Ester dalam Perjanjian Lama, anda tidak perlu menjadi CEO untuk memainkan peranan yang penting. 

Pengaruh Mark boleh memberikan kesan yang besar terhadap produk yang baru, polisi syarikat, dan hala tuju syarikat itu. Seperti watak Perjanjian Baru tersebut, Mark mungkinlah orang pertama yang dipanggil oleh bosnya semasa krisis. 

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda menempatkan diri untuk mempengaruhi budaya? Adakah anda mempercayai Allah untuk bekerja bersama dengan anda untuk membawa Syurga ke Bumi ini? Dunia ini berseru untuk penyelesaian kepada pelbagai masalah yang kecil dan besar. Masalah besar yang mengiringi pandemik baru-baru ini menunjukkan hal ini. 

Allah menantikan kita untuk mengakses nasihat-Nya dan wawasan-Nya supaya kita boleh menerapkan penyelesaian Syurga di bumi ini dan mengajar jalan-Nya dengan menunjukkan penyelesaian kepada masalah dunia ini. Hal yang ditunjukkan oleh Yesus semasa menyembuhkan penyakit adalah kuasa yang sama yang boleh mengubah perniagaan anda…dan komuniti anda…dan bangsa-bangsa. 

Ini hanyalah permulaannya. Jika anda ingin menyertai komuniti orang percaya yang diperkasakan, yang ingin menjalankan perniagaan secara luar biasa, klik PAUTAN ini untuk ketahui lebih lanjut. Kita boleh melakukan ini bersama-sama! 

Hari 5

Perihal Pelan

Doing Business Supernaturally

Saya mempercayai satu bohong untuk tempoh yang panjang. Bohong ini adalah sangat biasa dalam lingkungan Kristian. Saya mempercayai dikotomi sekular-kudus. Kepercayaan ini menyekat saya. Sertai saya untuk membongkar bagaimana Allah ingin memperkasakan kita secara luar biasa untuk membawa Syurga ke Bumi dan untuk meraikan kejayaan dalam perniagaan dan hidup kita. Kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mendatangkan kesan terhadap dunia ini daripada kebanyakan "pelayan sepenuh masa", dan pelan Alkitab ini akan menunjukkan caranya!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Gateway Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://dbs.godsbetterway.com/