Berniaga Secara Luar BiasaSampel
Potensi yang Tidak Terbatas
Sedarkah anda tentang potensi anda?
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi anda mempunyai lebih banyak potensi daripada Bill Gates! Serius. Salah seorang daripada orang yang terkaya di dunia ini mempunyai beberapa batasan yang tidak harus menghalang anda jika anda ialah pengikut Kristus. Marilah kita melihat kenyataannya...
1. Bill Gates telah dicipta mengikut rupa Allah. (Kejadian 1:27) Pencipta kita memandang cermin semasa Dia mencipta Bill. Bill telah memaksimumkan ini! Namun, ini berkaitan sama-sama dengan anda juga, saudara dan saudari.
2. Kristus tinggal dalam diri anda, kemuliaan Allah. (Kolose 1:27) Daripada pemerhatian kita, Bill tidak memiliki kelebihan ini.
3. Anda mempunyai fikiran Kristus. (1 Korintus 2:16) Sekali lagi, nampaknya Bill tidak memiliki ini.
4. Anda mempunyai Roh Kudus. Allah tinggal di dalam anda! (1 Korintus 3:16) Sekali lagi, ini ialah satu lagi kelebihan anda daripada En. Gates.
Jadi, bolehkah kita mengatakan bahawa Bill berfungsi pada suku daripada keupayaan anda? Sahabatku yang dikasihi, kita perlu mula mempercayai keselamatan kita! Dan implikasinya terhadap hidup dan perniagaan kita.
Jika Bill dan orang lain telah mencapai sebegitu banyak tanpa akses kepada Roh Allah, dan tanpa beban yang jatuh kepada mereka daripada dikotomi sekular-kudus, fikirlah apa yang mungkin anda capai! Pertimbangkan akses anda kepada kebijaksanaan dan kekreatifan kudus.
Sudah tiba masanya bagi kita menggabungkan iman kita dengan perniagaan kita. Sudah tiba masanya bagi anda dan saya membawa penyelesaian dan inovasi kreatif Allah untuk menyelesaikan masalah dunia ini. Masalah wujud di setiap tempat. Sesetengahnya pada skala sedunia, dan yang lain mungkin kelihatan tidak penting. Walau bagaimanapun, jika ia adalah penting kepada anda, maka ia adalah penting kepada Allah.
Matt McPherson ialah seorang penginjil dan pemimpin pujian. Ia gemar pergi memburu. Pada suatu hari, ia dengar Allah berkata dengan jelas, "Aku mengetahui setiap jawapan bagi setiap masalah di dunia ini. Jika manusia memintanya daripada Aku, Aku akan memberikan jawapan itu."
Matt boleh meminta penyelesaian untuk kebuluran dunia. Ataupun, cara untuk membangunkan pelayanan yang besar. Namun, ia tidak berbuat demikian. Ia meminta Allah untuk menolongnya untuk menghasilkan busur kompaun yang lebih baik.
Busur kompaun telah dicipta pada akhir tahun 60-an, dan mempunyai dua sesondol. Walau bagaimanapun, pereka bentuk bersusah payah menyelaraskan dua sesondol itu, tetapi belum berjaya lagi. Kekurangan penyelarasan itu menyebabkan bidikan yang menyeleweng, satu masalah yang nyata bagi pemburu.
Kira-kira dua minggu kemudian, Matt terjaga pada tengah malam. Ia melihat sehelai kertas yang terapung di depan mukanya. Rajah busur kompaun tulis terpapar pada kertas itu. Ia duduk dan mula menyalin cetakan biru itu. Ia sedar bahawa busur kompaun ini tidak sama dengan busur lain yang pernah dihasilkan. Busur ini mempunyai satu sesondol sahaja.
Anda mungkin sedar bahawa Honda menjual banyak kereta dan hanya mengaut keuntungan yang kecil daripada setiap kereta. Rolls Royce pula menjual bilangan kereta yang kecil tetapi mengaut keuntungan yang besar daripada setiap kereta. Matt McPherson memulakan Mathews Inc., kini, syarikat ini merupakan pengeluar perkakas memanah yang terbesar di dunia. Tidak seperti Honda, Mathews mengaut keuntungan yang sangat besar daripada setiap busur.
Matt juga menghasilkan sejenis gitar akustik yang baru, dan McPherson Guitars dianggap antara jenama yang terbaik di dunia ini. Perniagaan Matt ialah pelayanannya. Matt masih berjalan-jalan di pusat membeli-belah tempatannya di Wisconsin untuk berkongsi Injil. Ia mengutamakan Allah dalam segala sesuatu yang dilakukannya.
Mengapa bukan anda? Mengapa Allah tidak boleh menggunakan anda untuk menyelesaikan masalah pada skala kebangsaan... atau di komuniti atau syarikat anda? Dunia ini berseru untuk penyelesaian, dan umat Allah mempunyai akses kepada strategi kudus yang akan menyembuhkan bangsa dan membawakan kedamaian. Sekarang ini ialah masa untuk meminta.
Semasa saya memberitahu anda tentang doa Matt McPherson di atas, adakah anda melenting? Adakah anda rasa orang yang lebih salih akan meminta sesuatu yang lebih...salih? Jika ya, mungkin anda terjerat dalam dikotomi sekular-kudus.
Perihal Pelan
Saya mempercayai satu bohong untuk tempoh yang panjang. Bohong ini adalah sangat biasa dalam lingkungan Kristian. Saya mempercayai dikotomi sekular-kudus. Kepercayaan ini menyekat saya. Sertai saya untuk membongkar bagaimana Allah ingin memperkasakan kita secara luar biasa untuk membawa Syurga ke Bumi dan untuk meraikan kejayaan dalam perniagaan dan hidup kita. Kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mendatangkan kesan terhadap dunia ini daripada kebanyakan "pelayan sepenuh masa", dan pelan Alkitab ini akan menunjukkan caranya!
More