Berniaga Secara Luar BiasaSampel
Dikotomi yang Palsu
Saya mempercayai satu bohong sepanjang 28 tahun kehidupan Kristian saya.
Ini ialah bohong yang sangat biasa dalam lingkungan Kristian, dan jika anda ialah seorang peniaga, saya rasa anda menghadapinya juga.
Saya mempercayai dikotomi sekular-kudus. Kepercayaan ini menyebabkan saya untuk menunjukkan prestasi di bawah keupayaan saya. Dalam perniagaan dan di gereja.
Biarlah saya menjelaskannya...
Apabila saya menjadi pengikut Kristus pada tahun senior saya di kolej, entah bagaimana saya menerima memo mental yang menyatakan bahawa semua orang percaya yang salih...golongan yang paling serius tentang iman mereka...menyertai pelayanan vokasional sepenuh masa. Pada dasarnya, semua ahli biografi, khutbah, dan mimbar yang terkenal dipenuhi oleh mereka yang "mengorbankan segala sesuatu untuk Yesus." Tiada seorang pun yang menceburi bidang perniagaan (sekurang-kurangnya nampaknya begitu).
Jadi, saya rasa inferior. Saya berfikir-fikir untuk menghentikan program MBA saya untuk pergi ke Kolej Alkitab. Saya rasa jika saya kekal dalam bidang perniagaan, saya akan sentiasa menjadi orang Kristian kelas kedua, yang peranannya di dalam gereja cumalah menganggotai jawatankuasa kewangan atau memenuhi piring persembahan untuk membiayai pekerjaan orang yang melakukan kerja sebenar untuk Allah. Orang yang terlibat dalam pelayanan sepenuh masa.
Namun, saya gagal menyedari bahawa saya telah dikerah untuk pelayanan sepenuh masa ketika saya diselamatkan. Begitu juga dengan anda.
Saya juga gagal menyedari bahawa perniagaan bukanlah panggilan kelas kedua. Ia jugalah sah seperti memenuhi mimbar.
Tiada Dikotomi
Tiada dikotomi antara kudus dan sekular. Semua perkara bersifat rohani. Kerajaan Allah menjangkau setiap lingkungan kehidupan, bukan sahaja terbatas dalam bangunan gereja. Kita, sebagai peniaga, kerap kalinya memiliki hubungan yang lebih luas dan lebih efektif dengan dunia berbanding dengan seseorang pastor. Tambahan lagi, lebih banyak peluang untuk menunjukkan kasih serta kuasa Allah dalam cara yang tidak disangka-sangka.
Dia berjanji untuk menyertai kita dan bahawa Roh-Nya akan memimpin kita supaya mengetahui segala kebenaran itu. Perniagaan anda tidak terkecuali daripada janji ini. Itu ialah berita yang baik, bukan?
Allah menunggu kita untuk mengakses nasihat-Nya dan wawasan-Nya supaya kita boleh menerapkan penyelesaian Syurga di Dunia ini dan mengajar cara-Nya dengan menunjukkan penyelesaian bagi masalah dunia ini. Dunia ini hancur dan berseru untuk jawapan (lihat Roma 8:19). Kita mempunyai akses kepada jawapan...melalui Roh Kudus. Kita harus menjangka untuk menjadi orang yang membawa pembaharuan, pencipta, pereka cipta, dan pereka bentuk penyelesaian bagi seruan manusia.
Apa yang ditunjukkan oleh Yesus semasa menyembuhkan tubuh ialah kuasa yang sama yang boleh mengubah perniagaan anda… dan komuniti… dan bangsa-bangsa.
Sudahkah anda meninggalkan dikotomi sekular-kudus? Adakah anda bekerjasama untuk membawa Syurga ke Dunia ini dalam lingkungan perniagaan dan kehidupan anda hari ini?
Perihal Pelan
Saya mempercayai satu bohong untuk tempoh yang panjang. Bohong ini adalah sangat biasa dalam lingkungan Kristian. Saya mempercayai dikotomi sekular-kudus. Kepercayaan ini menyekat saya. Sertai saya untuk membongkar bagaimana Allah ingin memperkasakan kita secara luar biasa untuk membawa Syurga ke Bumi dan untuk meraikan kejayaan dalam perniagaan dan hidup kita. Kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mendatangkan kesan terhadap dunia ini daripada kebanyakan "pelayan sepenuh masa", dan pelan Alkitab ini akan menunjukkan caranya!
More