Berniaga Secara Luar BiasaSampel
Apabila Syurga Menembusi Bumi
Pernahkah anda dengar tentang apa yang berlaku di Almolonga, Guatemala?
Kelmarin kita berbincang tentang maksud Allah membawa Syurga ke Bumi melalui perniagaan kita. Hari ini, kita akan melihat rupanya di bumi ini.
Almolonga, Guatamela ialah tempat yang dahsyat. Alkoholisme, ilmu ghaib, dan ilmu sihir berleluasa di sana. Penderaan, pembunuhan, dan jenayah lain menular di sana. Empat penjara yang ada di sana penuh sesak, dan mereka memindahkan banduan ke kota lain secara rutin. Tempat ini ialah wilayah pertanian tetapi tanah di sana tidak berhasil.
Setelah hampir dibunuh, seorang petani mati akal. Dalam keadaan terdesak, ia berlutut dan membaktikan semula ladangnya, hidupnya, dan tanah wilayahnya kepada Allah. Petani lain menyertainya dan mereka berdoa memohon rahmat Allah ke atas tanah yang kelihatan terkutuk itu. Mereka berdoa agar bahagian Bumi mereka akan kelihatan seperti Syurga (Matius 6:10).
Tuhan mendengar doa mereka dan menjawab dalam cara yang dramatik (Keluaran 2:24-25). Rakyat Almolonga meninggalkan berhala mereka. Mereka tidak lagi pergi ke bar dan mula menghadiri gereja. Banyak orang yang bermalas-malas mula bekerja keras. Perkahwinan diselamatkan dan musuh berdamai.
Dalam beberapa tahun selepas itu, 36 buah bar dan bar wain di Almolonga berkurang menjadi tiga. Keempat-empat penjara kota itu ditutup dan penjara yang terakhir dibentuk semula menjadi "Balai Penghormatan". Mayor Kristian dan pemimpin gereja mempercayai bahawa 80% daripada penduduk di sana telah menjadi pengikut Kristus.
Satu hasil yang paling dramatik ialah dari segi pertanian. Selama beberapa tahun, hasil tanaman tidak menjadi kerana tanah yang kontang dan tabiat kerja yang buruk. Sekarang ini, tanah di sana menghasilkan tiga tuaian setiap tahun. Dulu, petani Almolonga menghantar empat trak penuh hasil tanaman ke pasar setiap bulan. Kini, mereka menghantar 40 trak penuh setiap minggu. Petani membeli trak Mercedes yang besar secara tunai dan menghiasnya dengan ayat Alkitab dan frasa Kristian.
Hasil tanaman juga berubah. Sayur-sayuran bertumbuh dua kali lebih besar daripada saiz biasanya. Lobak sering bertumbuh sebesar lengan bawah manusia. Penyelidik pertanian telah mengunjungi Almolonga dari Amerika Syarikat dan negara yang lain, untuk memahami bagaimana mereka memungut hasil tanaman lampau besar yang pelbagai setiap tahun. Namun, mereka tidak menemui apa yang dijangka.
Allah telah memulihkan tanah mereka.
Adakah anda rasa bahawa Tuhan memberikan perhatian terhadap tanah anda juga?
Perihal Pelan
Saya mempercayai satu bohong untuk tempoh yang panjang. Bohong ini adalah sangat biasa dalam lingkungan Kristian. Saya mempercayai dikotomi sekular-kudus. Kepercayaan ini menyekat saya. Sertai saya untuk membongkar bagaimana Allah ingin memperkasakan kita secara luar biasa untuk membawa Syurga ke Bumi dan untuk meraikan kejayaan dalam perniagaan dan hidup kita. Kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mendatangkan kesan terhadap dunia ini daripada kebanyakan "pelayan sepenuh masa", dan pelan Alkitab ini akan menunjukkan caranya!
More