Realiti Memedihkan: Harapan untuk Musim CutiSampel

Grief Bites: Hope for the Holidays

HARI 5 DARIPADA 5

Bagaimanakah anda dapat meraikan musim cuti yang dipenuhi kedamaian, tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku dalam hidup anda?

Semasa mengalami kesedihan, terutamanya selepas kehilangan orang yang dikasihi ataupun kehilangan hubungan dengan orang yang dikasihi, mewujudkan "norma baru" yang perlu merupakan pengalaman yang sangat menyakitkan...terutamanya semasa musim cuti. Ia pastinya memakan masa.

Jika anda kehilangan orang yang dikasihi beberapa bulan lalu ataupun setahun sebelumnya, anda berkemungkinan besar dilanda seksaan jiwa yang terus dan tidak pasti bagaimana merancang atau melalui musim cuti. Sesetengah orang tidak mahu melakukan apa-apa, apatah lagi merancang musim cuti yang bermakna.

Ada kalanya, perkara terbaik yang anda boleh lakukan semasa bersedih ialah mengizinkan diri untuk mengerekot di sisi Allah dan menghabiskan musim cuti dengan Dia, semasa anda meluangkan masa untuk berdoa dengan Dia, menikmati kasih-Nya.

Sesetengah orang berupaya menikmati hari Krismas seperti biasa dengan melakukan aktiviti yang seronok dan tidak dapat dilupakan serta tradisi yang selalu seronok dilakukan...dan ini ialah hadiah yang baik!

Orang lain pula mendapati diri di tengah-tengah dua senario tersebut...ingin melakukan tradisi yang biasa, tetapi juga inginkan waktu bersendirian kerana mengharungi waktu yang sukar dan mengalami keseksaan jiwa yang besar.

Semuanya adalah betul kerana kesedihan bukanlah pengalaman pemotong biskut. Tiada "jawapan yang salah". Allah memimpin dan mengarahkan setiap kesedihan secara tersendiri.

Bagi saya, saya mendapati semakin saya tertumpu pada Allah dan "sebab sebenar musim ini," semakin saya menikmati musim Krismas ini. Saya juga mendapati apabila saya melayani orang lain secara sengaja pada musim cuti, dan menggabungkan tradisi lama dan tradisi baru, musim cuti tidak menjadi beban yang ditakuti.

Bagaimanakah anda membina kenangan yang istimewa untuk musim cuti semasa kehilangan orang yang dikasihi atau menghadapi cabaran hidup?

Meminta Allah untuk menolong anda melihat melewati kesakitan (sementara masih merasakan dan mengharungi seksaan jiwa dan kesedihan) dan dengan sengajanya membina makna baru atau tradisi baru untuk musim cuti mungkinlah susah; tetapi pada asasnya membantu...dan amat menghiburkan.

Berikut ialah beberapa contoh:

Semasa kecil, saya ingat ayah saya meminta semua ahli keluarga saya untuk memakai pijama dan melihat lampu Krismas bersama-sama. Sesudah saya mendapat anak sendiri, kami meneruskan tradisi yang istimewa ini dan sentiasa memakai pijama serta melihat lampu Krismas. Kami sudah melakukan ini selama dua dekad.

Satu lagi tradisi yang saya suka ialah membakar hidangan Krismas kegemaran kakak saya. Saya akan memerhatikan keluarga dan kawan saya yang sedang bersedih dan mengejutkan mereka dengan hidangan Krismas yang banyak. Saya suka menggalakkan orang lain sepanjang musim cuti dan memberikan mereka kelegaan daripada kesedihan mereka.

Seorang gadis muda dalam kumpulan kesedihan saya, yang mengalami kematian anak perempuan kecilnya, berkongsi dengan saya bahawa musim cuti adalah menyeksakan pada beberapa tahun awal selepas kematian anak perempuannya. Gadis muda ini mengambil malaikat daripada Pokok Malaikat tempatannya sebagai anak angkat (ia cuba mencari malaikat yang berkongsi hari jadi anak perempuannya) dan membelikan hadiah untuk anak itu sementara memperingati anaknya.

Memang tidak apa untuk menyalakan lilin kenangan untuk memperingati orang yang dikasihi. Saya mempunyai seorang kawan baik yang menyertai kumpulan kesedihan saya (ia jugalah seorang pemimpin Grief Bites) yang menyalakan lilin dan menempatkan gambar ibu bapanya di sebelah lilin istimewa itu. Ini memanglah cara yang baik untuk mengingati orang yang dikasihi pada setiap musim cuti.

Tanyalah Allah bagaimana Dia mahu anda menghabiskan musim cuti ini. Mungkin musim cuti yang senang, senyap, dan dihabiskan terutamanya dengan Dia...ia mungkin melibatkan anda sebagai sumber kasih dan dorongan kepada orang lain...mungkin meraikan musim cuti seperti dahulu...mungkin menghabiskan masa (dan berseronok) bersama dengan orang yang dikasihi...mungkin baik untuk bercuti di tempat lain...ataupun gabungan beberapa perkara tersebut.

Walau apa pun pilihan anda pada musim cuti ini, saya berdoa agar anda akan sentiasa menyedari betapa Allah mengambil berat terhadap anda. Saya berdoa agar harapan dan kasih-Nya menjadi nyata kepada anda! Saya juga berharap semua orang mengalami kasih, penyembuhan, dan kedamaian!

Semoga musim cuti ini dipenuhi kenangan istimewa yang manis...dan terutamanya HARAPAN!

Sudahkah anda menerima hadiah yang TERUTAMA...hubungan dengan Yesus Kristus?
Hari ini, luangkan masa untuk membaca Lukas 2:1-21 dan Yohanes 3:16 untuk membuka Hadiah terbaik yang dapat diberikan oleh seseorang kepada anda. Yesus sedang menunggu dengan tangan terbuka untuk menerima anda – anda yang seadanya – dan mengampunkan semua dosa anda. Anda hanya perlu berbual secara terus terang dengan Allah dengan meminta agar Yesus memasuki hati anda dan meminta-Nya untuk memperbaharui anda!

Sekiranya anda inginkan harapan dan dorongan tambahan, saya mengundang anda untuk membaca pelan bacaan kami yang lain:
•Grief Bites: Finding Treasure In Hardships •Grief Bites: A New Approach To Growing Through Grief •Grief Bites: Doubt Revealed •Singing Through The Storm

Kami juga menawarkan dorongan harian di blog dan halaman Facebook kami:
•www.griefbites.com
•www.facebook.com/GettingYourBreathBackAfterGrief

Anda adalah sangat berharga dan Allah amat mengambil berat tentang kesedihan anda! Saya mengambil berat tentang kesedihan anda juga, dan berdoa agar Allah menyembuhkan hati dan hidup anda dengan penuh kasih sayang!
Selalu ingat betapa Allah menyayangi anda! Dia sangat mengasihi anda sehinggakan Dia menyanyikan lagu dan berasa girang dengan anda! Anda ialah kesukaan hati-Nya! Jangan sekali-kali lupa betapa Dia mengasihi anda dan menikmati musim cuti ini sebaik-baiknya dengan Dia!

"Bapa di syurga yang maha pengampun, saya memohon agar Engkau melakukan pekerjaan yang baik dalam hati setiap orang hari ini dan pada masa akan datang. Semasa mereka rasa dikuasai kesedihan, saya memohon agar Engkau mendakap mereka dengan kasih-Mu dan menghiburkan hati mereka. Semasa keadaan menjadi sukar, saya meminta agar Engkau mengangkat seksaan jiwa dan beban mereka. Saya berdoa agar Engkau memenuhi setiap seorang daripada mereka dengan HARAPAN-Mu yang berharga.
Berikan mereka hadiah musim cuti istimewa yang bermakna, terutamanya Engkau. Jika mereka tidak pernah menerima Engkau sebagai Tuhan dan Penyelamat mereka, saya berdoa agar Engkau memimpin dan mengarahkan mereka kepada Hadiah yang Terutama—Engkau! Kami mengasihi-Mu, dan mengucapkan terima kasih lebih awal atas semua perkara yang akan Engkau lakukan. Dalam Nama Yesus kami berdoa, amin!"

Renungan ini © 2015 oleh Kim Niles/Grief Bites. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin.
Hari 4

Perihal Pelan

Grief Bites: Hope for the Holidays

Bagi banyak orang, musim cuti ialah masa yang gembira...tetapi apakah yang berlaku apabila musim cuti kehilangan kilauannya dan menjadi mencabar kerana kesedihan atau kehilangan yang amat sangat? Pelan bacaan yang istimewa ini akan membantu golongan yang mengalami kesedihan untuk menemukan penghiburan dan harapan untuk musim cuti, dan berkongsi bagaimana membina musim cuti yang bermakna meskipun kesedihan yang amat sangat.

More

Kami berterima kasih kepada Kim Niles, penulis Getting Your Breath Back After Life Knocks It Out of You, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.griefbites.com