Realiti Memedihkan: Harapan untuk Musim CutiSampel
Ahh, musim cuti! Waktu daun musim luruh yang berwarna-warni mengingatkan kita bahawa Hari Kesyukuran sudah hampir dan rasa berdebar-debar kerana hari Krismas sudah hampir. Waktu semua orang dipenuhi dengan kesyukuran, kasih, keharmonian keluarga, dan sukacita, bukan?
Malangnya, ini bukanlah keadaannya bagi semua orang—terutamanya orang yang telah kehilangan orang yang dikasihi, orang yang mengalami kehilangan hubungan yang penting atau mengalami konflik keluarga, atau orang yang mengalami kedukaan atau seksaan jiwa.
Semasa membesar, saya selalu menyukai musim cuti dan tidak sabar-sabar menantikan ketibaannya.
Apabila kakak saya yang berumur 22 tahun meninggal dunia pada Hari Kesyukuran, musim cuti bukan lagi waktu yang paling menakjubkan malah menjadi waktu yang amat ditakuti dan waktu yang paling mencabar sepanjang tahun.
Bagaimanakah anda menemui harapan semasa musim cuti?
Bagaimanakah anda memperingati orang yang dikasihi yang kini meraikan musim cuti di Syurga bersama dengan Allah?
Adakah sukacita mungkin semasa musim cuti...terutamanya di tengah-tengah kesedihan yang amat sangat?
Bagaimanakah anda dapat meraikan musim cuti yang bermakna, yang dipenuhi kedamaian, walau apa pun yang sedang berlaku dalam hidup anda?
Sertai saya untuk beberapa hari seterusnya sementara saya menjawab soalan ini dan banyak lagi.
"Bapa di syurga,
Saya berdoa untuk semua orang yang sedih semasa musim cuti sudah hampir—terutamanya Hari Kesyukuran dan musim Krismas ini. Sembuhkan mereka dan hiburkan hati mereka yang sedih. Hujani mereka dengan kasih kurnia dan belas kasihan-Mu setiap hari. Peluklah mereka dalam dakapan-Mu dan menyokong mereka sepanjang pengalaman sedih mereka. Dalam nama Yesus, amin!"
Renungan ini © 2015 oleh Kim Niles/Grief Bites. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin.

Perihal Pelan
Bagi banyak orang, musim cuti ialah masa yang gembira...tetapi apakah yang berlaku apabila musim cuti kehilangan kilauannya dan menjadi mencabar kerana kesedihan atau kehilangan yang amat sangat? Pelan bacaan yang istimewa ini akan membantu golongan yang mengalami kesedihan untuk menemukan penghiburan dan harapan untuk musim cuti, dan berkongsi bagaimana membina musim cuti yang bermakna meskipun kesedihan yang amat sangat.
More
Kami berterima kasih kepada Kim Niles, penulis Getting Your Breath Back After Life Knocks It Out of You, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.griefbites.com