Realiti Memedihkan: Harapan untuk Musim CutiSampel
Apabila seseorang mengalami kehilangan hubungan, kerana kematian orang yang dikasihi, penceraian, atau konflik keluarga, musim cuti mungkin kehilangan semua harapan, sukacita dan kilauan.
Salah satu soalan yang paling sukar dan amat menyedihkan yang mungkin diajukan oleh seseorang yang berdukacita semasa waktu yang mencabar ini ialah, "Bagaimanakah saya boleh meraikan musim cuti sementara mengingati dan memperingati orang yang dikasihi yang kini meraikan musim cuti di Syurga bersama dengan Allah?"
Satu lagi soalan yang menyeksa jiwa seseorang (yang mengalami kehilangan orang yang dikasihi, penceraian, atau konflik keluarga) ialah, "Bagaimanakah saya dapat melalui musim cuti semasa mengalami kesedihan yang amat sangat, dan bagaimana saya dapat mengharungi musim cuti semasa saya rindu sangat akan orang yang dikasihi?"
Musim cuti adalah amat susah bagi orang yang mengalami kesedihan yang amat sangat kerana kematian orang yang dikasihi, penceraian, atau konflik keluarga atau kerenggangan.
Orang yang sedih merindu orang yang dikasihi, dan musim cuti melibatkan banyak kenangan; tetapi sekarang ini, kenangan musim cuti yang manis itu mungkin menyebabkan seksaan jiwa yang amat sangat.
Tradisi yang dihargai dahulu menyakitkan dan menusuk hati kerana orang yang dikasihi tiada di sisi kita sekarang ini, ataupun tidak lagi rela, untuk berkongsi tradisi tersebut.
Saya mendapati saya dapat melalui hari yang sukar dan seksaan jiwa musim cuti melalui kasih kurnia Allah sahaja...dengan kasih, bantuan, dan dorongan-Nya setiap hari.
Mintalah Allah untuk menghiburkan dan menyembuhkan hati anda sekarang ini, dan meminta-Nya untuk menghujani anda dengan dorongan semasa anda mengharungi musim cuti ini...langkah demi langkah...hari demi hari...detik demi detik...acara demi acara. Dia berada di sisi anda dan rela mengangkat anda juga.
Maka, apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedih tentang tradisi?
Jika anda ingin melaksanakan tradisi biasa anda, silakan, laksanakannya...dan jangan rasa bersalah kerana membenarkan diri untuk bersukacita. Orang yang dikasihi anda seronok dan suka melihat anda dipenuhi sukacita semasa mereka ada bersama dengan anda. Mereka pastinya ingin melihat anda dipenuhi sukacita sekali lagi, walaupun anda sedang bersedih.
Jika anda tidak mahu melaksanakan tradisi biasa anda, hormati kesedihan anda dengan memberikan diri kebebasan untuk merasai perasaan anda. Jangan rasa bersalah kerana anda memerlukan musim cuti yang lebih senang dan tenang.
Kedua-duanya ialah respons yang sesuai terhadap kesedihan.
Jangan rasa terpaksa melakukan atau merasai sesuatu, atau membiarkan tekanan menyebabkan anda untuk melakukan apa-apa yang tidak menghormati proses kesedihan anda.
Sesetengah orang yang bersedih ingin melaksanakan tradisi yang seronok dilakukan oleh orang yang dikasihi sebagai cara memperingati mereka dan memberi penghormatan kepada mereka, sementara tindakan ini mungkin terlalu menyakitkan bagi sesetengah orang pada waktu ini.
Bercakaplah dengan orang yang dikasihi yang masih ada dan berkongsi hati anda dengan menjelaskan perasaan anda.
Mintalah mereka agar mengasihi dan menyokong anda pada musim cuti ini.
Kelilingi diri anda dengan sokongan yang banyak!
Jika ada gereja berdekatan dengan anda yang menganjurkan kumpulan sokongan kesedihan, seperti GriefShare atau Grief Bites, saya mendorong anda agar menyertainya.
Segala sesuatu ada waktunya, termasuk mendapatkan dorongan dan sokongan, dan Allah setia menyokong anda sepanjang setiap musim kehidupan anda. Muliakan Allah dan kesedihan anda. Benarkan Allah untuk membimbing dan memimpin kesedihan dan seksaan jiwa anda, dan tanya Dia bagaimana anda harus mengendalikan tradisi dan musim hidup ini dengan sebaik-baiknya.
Dalam dua hari seterusnya, saya bukan sahaja mengemukakan beberapa idea untuk mengharungi musim cuti, malah cara menemukan kedamaian dan membuat kenangan bermakna semasa musim cuti.
Jemputlah Allah, sekarang ini, untuk menjadi Sahabat yang disambut dan dikasihi semasa musim cuti ini dan pada masa akan datang.
Doa:
"Bapa syurgawi yang berbelas kasihan, saya bersyukur kerana saya tidak perlu mengharungi musim cuti ini bersendirian. Saya bersyukur dari lubuk hati saya kerana Engkau sentiasa menyertai saya dan mengasihi saya, dan tidak pernah meninggalkan atau mengabaikan saya. Abba, Bapa, tolonglah saya setiap hari semasa saya mengalami kesedihan dan seksaan jiwa. Tolonglah saya untuk mengingati dan menghormati orang yang dikasihi saya, untuk melepaskan apa-apa yang menahan hati saya, dan untuk melihat kebaikan serta berkat-Mu dengan jelas sepanjang ribut yang sedang saya alami. Saya mengasihi-Mu, Tuhan, dan saya memuji Nama-Mu yang kudus. Dalam Nama Yesus saya berdoa, Amin."
Renungan ini © 2015 oleh Kim Niles/Grief Bites. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin.

Perihal Pelan
Bagi banyak orang, musim cuti ialah masa yang gembira...tetapi apakah yang berlaku apabila musim cuti kehilangan kilauannya dan menjadi mencabar kerana kesedihan atau kehilangan yang amat sangat? Pelan bacaan yang istimewa ini akan membantu golongan yang mengalami kesedihan untuk menemukan penghiburan dan harapan untuk musim cuti, dan berkongsi bagaimana membina musim cuti yang bermakna meskipun kesedihan yang amat sangat.
More
Kami berterima kasih kepada Kim Niles, penulis Getting Your Breath Back After Life Knocks It Out of You, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.griefbites.com