Realiti Memedihkan: Harapan untuk Musim CutiSampel
Bagaimanakah anda menemui dan mengalami harapan apabila anda rasa tidak langsung berharapan pada musim cuti?
Selepas menderita kerana kematian kakak saya pada hari Kesyukuran, meratapi kematian teman lelaki saya semasa cuti Krismas, kehilangan nenek saya pada hujung minggu Hari Valentine, kehilangan seorang lagi nenek dua hari sebelum hari Krismas, dan beberapa tahun kemudian, kematian tunang kakak saya pada hari Paskah, saya tidak rasa dipenuhi harapan. Musim cuti ketika kematian mereka amat menyeksakan. Saya bergelut untuk menemui harapan, kerana sakit hati yang amat sangat.
Sama ada anda berasa putus asa kerana kehilangan orang yang dikasihi, atau mengalami kehilangan yang amat mencabar (seperti penceraian, konflik keluarga, penyakit, masalah kewangan, kehilangan kerja, atau kejadian yang amat menyedihkan), ketahuilah bahawa Allah betul-betul mengasihi anda dan sangat mengambil berat terhadap anda.
Dia betul-betul memahami apa yang sedang anda hadapi dan ingin menghulurkan sentuhan penyembuhan-Nya kepada anda.
Pada asasnya, Allah ingin menghujani anda dengan kasih-Nya yang melimpah dan HARAPAN-Nya yang menakjubkan!
Namun, bagaimanakah anda menemui harapan-Nya dan betul-betul mengalaminya?
Mulalah dengan meminta Allah agar menyembuhkan hati anda...memohon Dia untuk memenuhi anda dengan harapan yang datang daripada-Nya sahaja...meminta Dia untuk merendam anda dalam kasih-Nya yang menakjubkan!
Mintalah Allah untuk mengangkat anda khususnya sepanjang musim cuti ini dan untuk menghiburkan hati anda!
Baca firman-Nya dan meminta Dia untuk berbicara dengan berkuasa kepada hati anda semasa Dia menghiburkan hati dan roh anda yang sedih secara lemah lembut.
Walau apa pun yang sedang anda hadapi, Dia sangat mengambil berat tentang luka hati anda, jadi carilah Allah pada musim cuti ini, dan sentiasa mencari-Nya, dengan segenap hati anda!
Anda AKAN menemui Allah—dan HARAPAN baru-Nya—semasa anda mencari Dia dengan segenap hati anda! Rahmat Allah baru setiap pagi jadi mintalah rahmat-Nya!
Dia sedia untuk menyertai anda dan Dia akan membantu anda sepanjang musim cuti ini!
Doa:
"Yesus, terima kasih kerana harapan! Saya meminta khususnya agar Engkau memberikan saya kurnia harapan yang baik dan membenarkan saya untuk menemui dan betul-betul mengalami harapan serta kedamaian-Mu.
Saya meminta agar Engkau memberkati hati saya dengan sentuhan penyembuhan-Mu dan menghujani saya dengan kasih-Mu. Bapa, sembuhkan hati saya dan angkatlah saya sepanjang musim cuti ini. Saya berdoa agar Engkau berbicara dengan berkuasa kepada roh saya semasa saya mencari kehendak-Mu (dan pimpinan-Mu) ketika membaca Firman-Mu. Berikan saya rahmat-Mu yang baru setiap hari dan hiburkan jiwa saya setiap hari. Terima kasih kerana Engkau menjadi Sahabat saya yang paling setia! Saya menghargai dan mengasihi persahabatan-Mu! Saya mengasihi-Mu, Tuhan! Dalam Nama mulia-Mu saya berdoa, amin."
Renungan ini © 2015 oleh Kim Niles/Grief Bites. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin.

Perihal Pelan
Bagi banyak orang, musim cuti ialah masa yang gembira...tetapi apakah yang berlaku apabila musim cuti kehilangan kilauannya dan menjadi mencabar kerana kesedihan atau kehilangan yang amat sangat? Pelan bacaan yang istimewa ini akan membantu golongan yang mengalami kesedihan untuk menemukan penghiburan dan harapan untuk musim cuti, dan berkongsi bagaimana membina musim cuti yang bermakna meskipun kesedihan yang amat sangat.
More
Kami berterima kasih kepada Kim Niles, penulis Getting Your Breath Back After Life Knocks It Out of You, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.griefbites.com