Mendengar Daripada Syurga: Mendengar Tuhan dalam Kehidupan HarianSampel

Hearing From Heaven: Listening for the Lord in Daily Life

HARI 5 DARIPADA 5

Suara Syurgawi Berkata, "Berlindung Pada-Ku."

Saya bertubuh kecil semasa membesar. Malangnya, saya masih bertubuh kecil.

Hidup di petempatan sementara di Nairobi kerap dicirikan oleh keganasan, dan saya yang mongel pastinya menjadikan saya penerima keganasan itu. Kadang-kadang, saya rasa setiap orang menjaga kepentingan diri sahaja. Ibu bapa kami tiada masa untuk memastikan kami tidak dibuli--mereka perlu bekerja keras demi mencari nafkah.

Semasa darjah enam, saya dibuli teruk. Ketua buli itu kelihatan seperti gergasi! Si buli itu menghina saya. Pada hujung minggu, saya berputus asa. Namun, saya pergi ke Pusat Compassion di gereja saya, di mana mereka berbincang tentang Allah sebagai perlindungan kita. Semasa mendengar pengajaran tersebut, kasih Tuhan memenuhi saya dan jiwa remuk saya dihiburkan.

Pusat Compassion ialah tempat di mana saya boleh mengalami kedamaian dan keselamatan. Kakitangan di sana menjaga kami dan menghiburkan kami.

Pernahkah anda rasa takut? Pernahkah anda rasa tidak selamat? Pernahkah anda rasa tidak berupaya menyelamatkan nyawa anda? Kita boleh membawa ketakutan kita kepada Allah kerana Dia ialah Allah yang baik. Dia mendengar seruan kita untuk keselamatan. Dia melindungi kita daripada kejahatan.

Seperti Daud, anda boleh berseru kepada Allah. Dia boleh menyelamatkan nyawa anda! Dia boleh melindungi anda daripada bahaya dunia ini. Luangkan masa dan berdoa untuk semua kanak-kanak di dunia ini yang berasa takut. Jadilah perantara bagi hidup dan jiwa mereka dan mintalah agar Tuhan menyatakan diri-Nya sebagai pelindung mereka. Amin.

Ketahui lebih lanjut tentang program Compassion yang disebut oleh penulis kami, Njenga, dan ketahui bagaimana anda boleh menolong membawa Roh Tuhan kepada kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.

Hari 4

Perihal Pelan

Hearing From Heaven: Listening for the Lord in Daily Life

Tuhan hidup dan aktif sekarang ini, dan Dia berbicara kepada setiap anak-Nya secara langsung. Namun, ada kalanya sukar untuk melihat dan mendengar-Nya. Anda akan mendapat tahu maksudnya mendengar dan mengikuti Dia dengan meneliti perjalanan seorang lelaki ke arah memahami suara Allah di kawasan setinggan Nairobi.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.compassion.com/youversion