Mendengar Daripada Syurga: Mendengar Tuhan dalam Kehidupan HarianSampel
Kebenaran daripada Roh
Selepas hari jadi ke-15 saya, saya tidak lagi ke gereja. Saya ingin menjadi bergaya, dan gereja tidak cukup bergaya bagi saya. Pada tahun-tahun yang berikut, saya menghadapi banyak kesukaran dan menjalankan hidup yang memberontak. Saya mengenang kembali zaman remaja saya dan mengingati kebenaran Allah dinyatakan kepada saya. Allah menggunakan kebenaran-Nya untuk memimpin saya keluar daripada kegelapan saya.
Roh Kudus berbicara dan mendedahkan kebenaran kepada orang percaya dan orang yang tidak percaya. Sebagai remaja yang memberontak, Roh Allah menyatakan diri-Nya kepada saya. Saya menyedari bahawa saya telah berjalan di atas jalan kegelapan dan kematian. Saya memerlukan cahaya dan hidup Allah. Allah menyatakan diri-Nya kepada saya semasa saya digantung sekolah. Semasa pergantungan dua minggu saya, Roh Kudus berbicara secara jelas kepada saya dan menunjukkan kesesatan saya.
Sebagai orang percaya, kita tidak bersendirian. Roh Kudus memimpin tindakan kita dan berbicara kepada kita. Kita memerlukan kebenaran Allah setiap hari, dan Roh Kudus memberikannya kepada kita. Namun, ada kalanya kita tidak mendengar, dan kita tidak mengendahkannya. Kita menganggap bahawa Allah tidak berbicara. Walau bagaimanapun, adakah itu benar? Berkemungkinan besar kita belum belajar cara mendengar. Roh Kudus berbicara ke atas hidup dengan kata-kata kitab suci.
Tidak mungkin orang yang tidak benar dapat menerima kebenaran tanpa Roh Kudus yang menyatakan perkara yang benar. Tidak mungkin menjalankan hidup yang benar tanpa Roh Kebenaran yang menyatakan perkara yang benar.
Setiap pengikut Kristus diberikan Roh Kudus untuk menolong membuka mata kita kepada rancangan-Nya. Bolehkah kita berhenti sejenak dan berdoa agar Roh Kebenaran membuka mata orang yang dibutakan oleh kegelapan? Bapa syurgawi, terima kasih kerana Roh Kudus yang berbicara dan menyatakan kebenaran. Saya berdoa agar Engkau berbicara dan menyatakan kebenaran-Mu kepada banyak orang yang berjalan dalam kegelapan, Amin!
Kitab
Perihal Pelan
Tuhan hidup dan aktif sekarang ini, dan Dia berbicara kepada setiap anak-Nya secara langsung. Namun, ada kalanya sukar untuk melihat dan mendengar-Nya. Anda akan mendapat tahu maksudnya mendengar dan mengikuti Dia dengan meneliti perjalanan seorang lelaki ke arah memahami suara Allah di kawasan setinggan Nairobi.
More