Mendengar Daripada Syurga: Mendengar Tuhan dalam Kehidupan HarianSampel

Hearing From Heaven: Listening for the Lord in Daily Life

HARI 2 DARIPADA 5

“Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.”

Allah sentiasa berfirman secara jelas kepada umat-Nya. Melalui imam dan nabi, Dia menyatakan kebenaran yang memberikan hidup kepada orang yang mengasihi-Nya dan bergantung pada Dia. Dia masih suka berfirman kepada umat-Nya! Walau bagaimanapun, jika kita tidak dapat melihat dan mendengar, hidup kita sebagai pengikut Kristus akan menjadi hampir mustahil.

Dapatkah anda membayangkan bahawa firman Allah adalah jarang? Beberapa hari, mungkin beberapa tahun, tanpa mendengar Allah? Ini kedengaran amat mengecewakan. Namun, itulah yang berlaku dalam 1 Samuel. Sementara umat Tuhan ingin sangat mendengar suara-Nya, Dia memilih untuk menyatakan diri kepada seorang pemuda.

Samuel yang muda belum mengenal suara Allah. Maka, apabila ia dipanggil, Samuel memberikan satu-satunya respons yang diketahuinya: ia berlari kepada mentor manusianya! Namun, melalui kebijaksanaan Eli, Samuel mula memahami pemilik suara itu dan bunyinya.

Suara Allah boleh dikenali. Kita hanya perlu tahu apa yang harus didengari! 

Saya membaca cerita ini semasa kecil ketika menghadiri program Compassion International, dan saya rasa amat terdorong. Hidup dalam keadaan miskin yang amat sangat, saya sentiasa inginkan Allah untuk menyatakan diri-Nya kepada saya secara besar dan berani. Namun, apakah yang akan saya lakukan jika Dia betul-betul menyatakan diri-Nya kepada saya? Apakah yang akan diminta-Nya?

Belajar mendengar Suara Kebenaran bukannya rasa ragu-ragu, putus asa atau kecewa. Latihlah telinga anda untuk mendengar berita baik-Nya! Tuhan berjanji kepada kita dalam bentuk kitab--bacalah kebenaran-Nya, yang disediakan khas untuk anda, dalam Alkitab. Carilah seorang mentor yang mengenal suara Tuhan dan mengkaji bersama dengannya. Sertai kumpulan orang percaya yang mengenali dan mengasihi Tuhan serta dapat mengangkat anda dalam pencarian anda akan suara Tuhan.

Eli mengajar Samuel cara ia harus memberikan respons terhadap suara Tuhan: "Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar." Sesungguhnya suatu respons yang indah. Kita harus memberikan respons yang sama setiap kali kita mendengar Dia berfirman.

Tuhan ingin menyatakan diri-Nya kepada umat-Nya. Dia ingin membimbing kita dan memimpin kita. Adakah anda kenal akan suara Allah? Adakah anda mencari pimpinan untuk langkah seterusnya dalam hidup, perniagaan, pendidikan, keluarga atau pelayanan anda? Jika itulah doa anda, berdoalah bersama-sama saya, “Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.”

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Hearing From Heaven: Listening for the Lord in Daily Life

Tuhan hidup dan aktif sekarang ini, dan Dia berbicara kepada setiap anak-Nya secara langsung. Namun, ada kalanya sukar untuk melihat dan mendengar-Nya. Anda akan mendapat tahu maksudnya mendengar dan mengikuti Dia dengan meneliti perjalanan seorang lelaki ke arah memahami suara Allah di kawasan setinggan Nairobi.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.compassion.com/youversion