Mendengar Daripada Syurga: Mendengar Tuhan dalam Kehidupan HarianSampel

Hearing From Heaven: Listening for the Lord in Daily Life

HARI 4 DARIPADA 5

Bapa Kamu Mengetahui Apa yang Kamu Perlukan.

Membesar di Nairobi adalah susah, kalau hendak dikatakan. 1990-an dipenuhi ketidakpastian. Pemberontakan adalah biasa dan timbul daripada perselisihan antara parti pemerintah dan golongan yang menuntut demokrasi berbilang parti. Semasa pemberontakan, golongan miskin sentiasalah kumpulan yang paling terseksa. Golongan miskin bergantung pada pendapatan yang tak seberapa untuk memenuhi keperluan harian, dan perselisihan tersebut menyebabkan golongan yang memerlukan bantuan lebih menderita.

Akibatnya, sejak usia muda, saya dipaksa oleh keadaan untuk belajar menunggu.

Apabila tiada jaminan hasil yang positif, menunggu sangatlah susah. Ayah saya ialah pekerja upah, jadi kami bergantung pada pendapatan hariannya untuk memenuhi keperluan asas kami. Jika ayah mendapat kerja, kami makan. Jika ayah bergelut untuk mendapatkan kerja, kami tidak makan.

Pada suatu malam, ayah saya membaca Matius 6:25-34 kepada kami semasa waktu renungan keluarga kami. Ayah menegaskan kepentingan menempatkan harapan kami dalam Yesus. Kata-kata Yesus itu memberikan saya harapan di tengah-tengah hidup yang tidak pasti. Sekeluarga, kami berharap pada keyakinan bahawa Bapa syurgawi kami sahajalah yang kami perlukan. Mengenali dan memiliki Yesus adalah mencukupi.

Bapa kita di syurga mengetahui apa yang kita perlukan. Menakjubkan bukan? Allah yang telah mencipta segala sesuatu ialah Allah yang sama yang memenuhi keperluan tersendiri kita.

Memanglah mudah untuk meragui bahawa Dia akan menyelamatkan kita. Apakah yang akan berlaku jika Dia tidak campur tangan dalam kewangan saya? Dalam kesihatan saya? Dengan keluarga saya? Dengan [isikan kekhuatiran anda]? Belajar mempercayai Tuhan, walau apa pun kerisauan anda. Bertekadlah untuk membaca dan mematuhi firman Allah setiap hari semasa anda menantikan jawapan Allah.  

Melalui penantian, harapan kita diperkuatkan. Sebagai anak Allah, kita menantikan Allah yang setia dan penyayang yang bersukacita memenuhi keperluan anak-Nya. Berdoalah kepada Penyelamat anda: “Ya Tuhan, sebagai anak-Mu, saya cenderung risau tentang masa depan saya. Tapi, hari ini saya menempatkan harapan saya dalam-Mu kerana Engkaulah pemalar yang setia dalam hidup saya. Amin.”

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Hearing From Heaven: Listening for the Lord in Daily Life

Tuhan hidup dan aktif sekarang ini, dan Dia berbicara kepada setiap anak-Nya secara langsung. Namun, ada kalanya sukar untuk melihat dan mendengar-Nya. Anda akan mendapat tahu maksudnya mendengar dan mengikuti Dia dengan meneliti perjalanan seorang lelaki ke arah memahami suara Allah di kawasan setinggan Nairobi.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.compassion.com/youversion