Impian DitebusSampel

Dreams Redeemed

HARI 7 DARIPADA 7

Terdapat satu kenyataan dalam doa ketenangan yang biasa didoakan dalam pertemuan 12 langkah yang meminta Allah untuk membantu kita menerima "kesulitan sebagai jalan masuk menuju kedamaian; mengambil, seperti yang Yesus lakukan, dunia yang penuh dosa ini sebagaimana mestinya; tidak seperti yang aku inginkan".

Kenyataan itu sentiasa menonjol bagi saya kerana banyak tenaga saya dihabiskan untuk mengubah dan mengawal keadaan serta orang di sekeliling saya demi membina kehidupan yang saya inginkan... berusaha untuk mencapai impian saya. Nyata sekali ini tidak berhasil.

Akibat daripada penceraian saya, saya kehilangan rumah saya, kredit saya rosak, dan rasanya seolah-olah, satu demi satu, semua jaring keselamatan yang telah saya tetapkan untuk diri saya, dan kehidupan yang saya cuba bina runtuh sepenuhnya.  Kehidupan tidak berjalan seperti yang saya harapkan.

Pada satu ketika, saya mendapati diri saya betul-betul sedih kerana hal ini dan berseru kepada Allah, "Keadaan tidak berjalan seperti yang saya fikirkan". Allah mendengar. Kemudiannya, Dia berbicara kepada hati saya.

Aku telah menyelamatkan kamu.

Kemusykilan kenyataan ini hampir melucukan. Tiada apa-apa tentang keadaan semasa saya yang kelihatan seperti penyelamatan walau sedikit pun.

Harmony, Aku telah menyelamatkan kamu daripada versi impian kamu... Aku akan menebus impian itu.

Janji ini, bahawa Allah akan menebus impian, bahawa Dia akan memulihkan keluarga saya, memberikan saya harapan bahawa musim ini tidak akan kekal selama-lamanya. 

Saya sedar Allah ialah penebus. Pertama, Dia telah menebus cerita penderitaan dan pengeksploitasian saya dan menggunakannya untuk menjangkau orang lain melalui Treasures. Sekarang ini, beberapa tahun selepas penceraian saya, saya boleh memberitahu anda bahawa Dia telah menebus impian saya untuk pemulihan keluarga. Pada Mac 2014, saya berkahwin dengan seorang lelaki luar biasa yang menakjubkan, penyayang, bapa kepada anak perempuan kedua saya yang indah! Pada Januari 2018, kami mendapat anak lelaki yang manis, yang membawa banyak kegembiraan kepada keluarga kami.

Saya suka cerita Yusuf, kerana cerita itu merupakan contoh orang yang bermimpi yang mempercayai Allah, meskipun ketika semua impiannya kelihatan telah hancur. Ia telah dikhianati oleh keluarganya, diabaikan, diperhambakan, dipenjarakan, dan dilupakan. Sepanjang pengalaman itu, Allah menyertai Yusuf. Akhirnya, kepercayaannya dalam Allah membolehkannya untuk bangkit mengatasi keadaannya dan menyelamatkan keluarganya serta seluruh Mesir daripada kebuluran. Allah telah menggunakan setiap bahagian kehidupan Yusuf dan ceritanya untuk kebaikan! Allah telah menebus impian. 

Saya tertanya-tanya sama ada Yusuf pernah tergoda untuk berputus asa terhadap impiannya? Sebaliknya, ia tetap setia sepanjang semua musim dan keadaannya, membenarkan Allah untuk menggunakannya, dan terus mengimpi. Sebuah bangsa telah diselamatkan kerana kesetiaannya.

Saya tidak tahu apa yang sedang anda lalui. Saya tidak tahu percubaan atau serangan yang melanda impian Allah terhadap kehidupan anda. Namun, saya tahu ini—Allah ialah penebus. Dia setia. Apabila anda terus mengimpi, terus mempercayai, terus bertabah… 

Allah akan menebus impian. 

 

Catatan daripada Harmony:

Saya harap anda seronok dengan renungan ini! Saya ingin terus menggalakkan anda untuk hidup bebas, mengimpikan sesuatu yang besar, dan berbuat baik! Saya mengundang anda untuk melayari blog saya di www.HarmonyGrillo.com. Untuk maklumat lanjut tentang Treasures, layari www.iamatreasure.com

 

Hari 6

Perihal Pelan

Dreams Redeemed

Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harmony Grillo (I Am A Treasure) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://harmonygrillo.com