Impian DitebusSampel

Dreams Redeemed

HARI 4 DARIPADA 7

Kekecewaan dan penderitaan berupaya memburukkan lagi pencubaan. Ini membuat kita lebih lemah dalam lingkungan kelemahan kita. Sama ada penyendirian, makan berlebih-lebihan, persetubuhan secara rambang, atau meminum terlalu banyak wain, keinginan kita untuk melalikan atau mengelak daripada penderitaan mendorong kita untuk berkompromi. Kita memberitahu diri bahawa kita patut berasa lega.

Semasa kita menderita, kita lebih cenderung mengorbankan impian untuk hal yang bersifat sementara. Penghiburan yang dibawa oleh perbuatan maksiat kita sebaik-baiknya tahan sekejap sahaja dan agak dangkal, dan seburuk-buruknya sangat membinasakan.

Terdapat satu babak yang terkenal dalam opera, La Boehme di mana dua orang lelaki menderita sepanjang musim sejuk yang menyeksakan di Paris. Salah seorang daripadanya, seorang penulis, menghabiskan masa yang panjang untuk sebuah karyanya. Ia berasa amat sejuk sehinggakan ia hampir tidak dapat menumpukan perhatian pada penulisannya lagi.

Tiada wang untuk membeli batu arang atau kayu untuk menghangatkan badan, dalam keadaan terdesaknya, penulis ini menyumbatkan seluruh manuskripnya ke dalam relau. Dalam masa beberapa saat, tindanan kertas dengan tulisannya terbakar menjadi abu.

Penulis itu telah mengorbankan impiannya, seluruh usahanya, demi keselesaan yang sekejap sahaja. Dia mengalah. 

Kita melihat pola yang sama dalam cerita Esau dalam Kejadian. Keletihan dan sangat lapar, ia pulang ke rumah dan terhidu stew lentil yang panas. Terdesak untuk makanan, Esau menyerahkan haknya sebagai anak sulung, semua hak, kuasa dan warisan yang dikhususkan untuk anak sulung, untuk bubur. Ia mengorbankan masa depannya untuk kepuasan perut yang kenyang seketika. 

Saya faham. 

Saya tergoda untuk menelan perasaan saya semasa bersedih (banyak kali saya mengalah!).  Selepas penceraian saya, kesepian membuat saya ingin merendahkan keperluan dan berkompromi tentang dating. Syukurlah, saya tidak tergoda, tetapi godaan ini memang wujud. 

Apabila saya hampir kehilangan rumah saya, dan hampir-hampir muflis, seorang jiran menawarkan saya pekerjaan menjual barang farmaseutikal yang memberikan gaji lumayan. Saya tergoda untuk menerima pekerjaan itu. Walau bagaimanapun, berbuat demikian bermaksud mengetepikan kerja Treasures. Keselesaan sementara daripada kestabilan kewangan tidak berbaloi untuk meninggalkan tujuan Allah bagi saya.  

Ada kalanya impian Allah memerlukan pengorbanan. Ternyata, Allah lebih menitikberatkan watak kita daripada tahap keselesaan kita.

Kita boleh membiarkan kesukaran membina watak kita atau menghancurkan kita. Kita boleh mengorbankan impian untuk hal yang sementara, ataupun kita boleh bertabah dan membiarkan ketabahan itu untuk menguatkan watak kita serta membina kematangan kita.  

Jangan berputus asa terhadap impian untuk hal yang sementara. Jangan biarkan penderitaan atau kekecewaan untuk membuat anda mengorbankan impian anda demi penyelesaian pantas dan keseronokan yang tahan sekejap sahaja. Jangan mengalah. Terdapat banyak yang dipertaruhkan.

Terdapat kebebasan pada hujung kesetiaan anda.  Bagi anda secara peribadi, dan juga bagi semua orang yang akan diberikan kesan oleh anda untuk mengerjakan sepenuhnya tujuan anda!

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Dreams Redeemed

Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harmony Grillo (I Am A Treasure) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://harmonygrillo.com