Impian DitebusSampel

Dreams Redeemed

HARI 5 DARIPADA 7

Pada satu pagi Sabtu yang indah, saya menatap anak perempuan saya yang berumur 3 tahun tidur nyenyak. Saya tidak sabar-sabar lagi menunggu ia bangun, kerana saya merancang untuk mengejutkannya dengan sarapan kegemarannya dan membawanya menonton wayang dan memakan ais krim.   

Saya menolak rambut yang terjurai pada dahinya dengan lembut dan mula membelai pipinya. "Bangun si mengantuk," saya bisik ke telinganya.   

Tiba-tiba tangan dan kakinya tergapai-gapai dan ia mengamuk. "Tidakkkkkk! Saya tidak mahu bangun," ia menjerit-jerit sekuat hati. Wajah manisnya yang kecil mengerut dan menjadi merah padam. 

Hati saya menjadi lemah. Selain naik resah kerana kemarahannya, saya berasa sangat kecewa kerana kami tidak akan berseronok seperti yang telah saya rancang baginya. 

Anak perempuan saya ingin tidur sahaja. Ia berasa selesa berbaring di katil. Bantahan kuatnya menyebabkannya untuk terlepas sesuatu yang hebat. Saya tidak mungkin membawanya keluar dan mengganjar perangai itu. Jika ia sedar tentang rancangan saya, adakah ia akan memperlihatkan kelakuan yang berbeza? Jika ia mempercayai rancangan saya, jika ia mempercayai saya, adakah ia akan memberikan respons yang berbeza? 

Saya tertanya-tanya jika saya pernah terlepas apa yang telah disediakan oleh Allah untuk saya, kerana saya juga terlalu asyik dengan keselesaan semasa saya. Terlalu tertumpu pada apa yang saya inginkan. 

Ada kalanya, kita inginkan apa yang kita inginkan, dan kita fikir itulah yang kita perlukan. Walau bagaimanapun, jika kita betul-betul mempercayai bahawa Allah itu baik dan rancangan-Nya juga baik, kita akan dengar. Kita akan ikut—meskipun apabila rancangan-Nya mengganggu rancangan kita dan membuat kita keluar dari zon selesa kita. Walaupun ketika rancangan-Nya bermaksud bahawa sudah tiba masanya untuk melepaskan hubungan, tabiat, atau penderitaan yang sedang menahan kita.   

Kepercayaan adalah dasar iman—beriman dalam Allah bermaksud mempercayai rancangan-Nya, walaupun semasa kita tidak memahaminya. Kepercayaan jugalah dasar impian Allah bagi kehidupan kita. Ketika saya rasa seolah-olah kehidupan saya ini gagal sama sekali, kepercayaan dalam Allah memberikan saya dasar yang kukuh. 

"Bangun, sayang. Bukalah mata kamu. Ikut saya. Saya mempunyai rancangan yang menakjubkan untuk kamu. Untuk mengalami apa yang telah dirancang itu, kamu tidak boleh kekal di sini. Sudah sampai masanya untuk bergerak maju, sayang." 

Saya percaya Allah sedang menjemput anda dan saya kepada rancangan yang lebih menakjubkan daripada yang dapat diduga oleh imaginasi kita. Satu rancangan yang termasuk pemulihan dan penebusan segala sesuatu yang telah hilang dan telah dicuri. Persoalannya apakah kita akan cukup mempercayai-Nya untuk mengikut-Nya?  

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Dreams Redeemed

Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harmony Grillo (I Am A Treasure) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://harmonygrillo.com