Impian DitebusSampel

Dreams Redeemed

HARI 6 DARIPADA 7

"Apa yang kamu mahu?" Bekas suami saya menanya saya soalan ini apabila perkahwinan kami runtuh. "Saya mahu kamu buat apa yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana lelaki… Saya mahu kamu berjuang untuk saya," suara saya bergetar sambil tersedu-sedan.  

Kemudian, semasa saya menghadapi cabaran dan jalan ibu tunggal yang seringnya sepi, saya merasakan Allah menanya saya soalan yang sama, berulang kali. "Apa yang kamu mahu?" Selama beberapa tahun, saya tidak tahu jawapannya. Adakah apa yang saya mahu itu betul-betul penting? Saya tertanya-tanya. 

Saya menyembunyikan semua kerinduan dan keinginan saya di sebalik mantera yang banyak diucapkan, yang kedengaran baik sekali, "Janganlah turut kehendak saya, melainkan kehendak-Mu sahaja". 

Walaupun berserah kepada kehendak Allah adalah perkara yang baik, banyak masa berlalu sebelum saya menyedari bahawa Allah tidak menghendaki pematuhan pasif saya- Dia inginkan hati saya. Dia tidak mencari hamba yang memberikan respons terhadap perintah kerana kewajipan dan kehendak tertindas, tetapi mencari anak perempuan dan anak lelaki yang memberikan respons terhadap-Nya kerana keintiman dan hubungan. 

Saya pernah mendengar, "Kerinduan adalah baik untuk anda.  Kerinduan menggemakan mukjizat yang akan terjadi."

Allah mengambil berat tentang impian kita. Dia mengambil berat tentang kerinduan dalam hati kita. Jika kita membenarkan-Nya, Dia menggunakan musim penantian untuk membina iman kita dan mendekatkan kita kepada-Nya apabila kita berkongsi kerinduan kita. Berkongsi impian kita dengan Allah tidak bermaksud kita mendapat segala sesuatu yang kita inginkan. Dia bukan jin peribadi kita. Namun, proses perkongsian impian kita dengan Allah itu mendekatkan kita kepada-Nya.

Dapatkah anda membayangkan mempunyai kawan karib atau pasangan yang tidak pernah memberitahu anda tentang impian dan keinginan mereka? Saya rasa kita akan rasa agak renggang daripada mereka dan hubungan itu kelihatan dangkal. Amalan berisiko berkongsi kemahuan dan keinginan kita mendalamkan keupayaan kita untuk keintiman dengan Allah dan orang lain.

Bagi saya, selepas percubaan beberapa tahun untuk menafikan impian duduk di meja makan dengan keluarga sendiri, akhirnya saya memberitahu Allah apa yang saya mahu. Saya mahu berkahwin lagi. Saya mahu seseorang yang saya boleh berkongsi impian dan visi, tanggungjawab dan cabaran, gelak ketawa, dan tangisan.

Musim penantian berlanjutan. Dalam musim ini, Allah meneruskan kerja penyembuhan-Nya yang mendalam dalam diri saya. Dia menggunakan penantian untuk mengajar saya tentang hubungan saling dan tentang rupa keintiman emosi yang sebenar dengan orang yang selamat. Saya juga bertumbuh dalam iman saya bahawa Allah itu, sememangnya, baik. Bahawa sifat-Nya boleh dipercayai. Bahawa rancangan-Nya adalah baik. Dia mengajar saya bahawa keadaan dalam kehidupan saya tidak mengubah kenyataan tersebut. Dia mengajar saya untuk berdiri atas kebenaran ini, walaupun semasa saya tidak fikir saya melihatnya.

Apa yang kamu mahu? 

Sepanjang Alkitab, Yesus menanya ragaman soalan ini kepada orang yang ditemui-Nya. Dan saya percaya Dia mengajukan soalan ini kepada anda. Saya mendorong anda untuk memeriksa jawapan bagi soalan ini dengan teliti dan berkongsinya dengan Dia. Dia boleh dipercayai dengan kerinduan hati anda. 

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Dreams Redeemed

Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harmony Grillo (I Am A Treasure) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://harmonygrillo.com