Sukacita: Pengiraan Detik KrismasSampel

Joy: A Countdown to Christmas

HARI 7 DARIPADA 7

Hadiah yang Mahal 

Apabila orang majus datang dari timur untuk menyembah Yesus, mereka telah membawa hadiah yang mahal dalam bentuk emas, kemenyan dan mur.

Bayangkan keadaan serba salah yang timbul jika Maria dan Yusuf berkata: "Kami menghargai niat kamu, tetapi hadiah ini adalah terlalu baik untuk kami, jadi kami tidak boleh menerimanya."

Ini kedengaran tidak masuk akal, namun memanglah mudah untuk memberikan respons seperti ini apabila Allah cuba memberkati kita. 

Apabila kita menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita, Dia memberikan kita Roh Kudus yang menghasilkan buah yang baik dalam hidup kita yang menjadikan kita lebih menyerupai-Nya. Sukacita ialah salah satu hadiah itu. 

Malangnya, sukacita kerap terlupus apabila anda memilih kelakuan yang tidak memuliakan Allah, atau apabila anda memandang diri sebagai tidak layak menerima kasih Kristus. Walau bagaimanapun, apabila anda membenarkan Kristus untuk mengubah hati dan fikiran anda, anda mula memandang diri sebagaimana Dia memandang anda: dipanggil oleh nama-Nya dan diselamatkan oleh darah-Nya. Semasa anda jatuh cinta dengan Yesus, anda mula menginginkan kurnia-Nya, dan kelakuan yang tidak memuliakan-Nya mula menjadi kurang menarik.

Hari ini, ingatlah bahawa Allah mengasihi anda lebih daripada nyawa-Nya: itulah sebabnya Dia memilih untuk datang ke dunia ini sebagai bayi lama dahulu. Tiada apa-apa yang Dia enggan lakukan demi mendekatkan anda kepada-Nya. 

Disebabkan oleh Krismaslah anda boleh menerima hadiah yang terbesar: sukacita yang terhasil daripada mengenali Yesus Kristus sebagai Penyelamat, Tuhan, dan kekasih hidup anda.  

Ucapkan Doa ini: 

Tuhan, terima kasih kerana kurnia Yesus dan buah Roh Kudus. Terima kasih kerana Engkau telah datang ke dunia ini sebagai bayi supaya saya boleh menghabiskan keabadian dengan-Mu. Hari ini dan setiap hari, saya memilih untuk menyembah-Mu dengan penuh sukacita kerana saya mengasihi-Mu.

Hari 6

Perihal Pelan

Joy: A Countdown to Christmas

Krismas sepatutnya musim bersukacita –– tetapi apakah itu sukacita dan bagaimanakah anda memilihnya apabila dunia ini dipenuhi luka dan kesukaran? Temui maksud sebenar "Hai Dunia Gembiralah" dengan mengasyikkan diri dalam cerita Krismas melalui Pelan Krismas istimewa selama 7 hari ini.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.