Sukacita: Pengiraan Detik KrismasSampel
Cerita Bermula
Apakah itu sukacita?
Demi mengkajinya dengan teliti, marilah kembali kepada waktu Allah mencipta dunia ini. Bayangkan anda telah dihidupkan oleh nafas Allah, dan semasa Allah membentuk anda daripada tanah, Dia tersenyum pada anda. Sejak itu, bila-bila Dia memandang anda, wajah-Nya berseri. Hidup adalah sempurna sehinggalah suatu hari, anda melakukan satu-satunya perkara yang Allah perintahkan agar anda tidak lakukan, dan disebabkan oleh pemberontakan itu, anda memisahkan diri daripada Dia yang mengenali anda dengan sempurna dan tidak henti-henti mengasihi anda. Dengan segera, keakraban abadi dengan Allah bertukar menjadi pemisahan abadi daripada-Nya.
Itulah yang terjadi dalam Kejadian 1-3… tetapi syukurlah, itu bukanlah akhir cerita. Meskipun manusia membuat kesilapan, Allah berjanji bahawa Dia akan mengutuskan seseorang untuk memperbaik keremukan kita dan memulihkan hubungan kita dengan-Nya.
Krismas menandakan ketibaan jawapan yang dijanjikan oleh Allah apabila Allah, Pencipta kita, menjelma menjadi bayi dan menjadi "Allah menyertai kita." Disebabkan oleh Krismas, kini sesiapa sahaja yang memilih untuk mempercayai Kristus boleh mengalami sukacita kekal yang hanya timbul daripada mengenali Allah secara peribadi.
Sepanjang minggu seterusnya, kita akan melihat beberapa contoh orang dalam Alkitab yang merupakan contoh sukacita yang mengubah hidup ini. Hari ini, bersedia untuk Krismas dengan merenungkan maksud kedatangan Penyelamat kepada orang yang terperangkap dalam pemisahan yang berterusan daripada Allah, dan bersyukur kepada Yesus kerana menjadi "Allah menyertai kita."
Ucapkan Doa ini:
Allah, disebabkan Engkau telah datang ke dunia ini sebagai bayi saya boleh mengalami sukacita yang tidak henti-henti. Minggu ini, tolonglah saya untuk menghargai kelahiran Penyelamat saya dengan cara yang baru. Moga-moga sukacita cerita Krismas menjadi hidup daripada Alkitab dan mengubah saya. Siapkan hati saya hari ini untuk menerima kemuliaan-Mu.
Perihal Pelan
Krismas sepatutnya musim bersukacita –– tetapi apakah itu sukacita dan bagaimanakah anda memilihnya apabila dunia ini dipenuhi luka dan kesukaran? Temui maksud sebenar "Hai Dunia Gembiralah" dengan mengasyikkan diri dalam cerita Krismas melalui Pelan Krismas istimewa selama 7 hari ini.
More