Sukacita: Pengiraan Detik KrismasSampel

Joy: A Countdown to Christmas

HARI 5 DARIPADA 7

Sukacita Semasa Menderita

Pernahkah anda fikir kehidupan anda adalah tidak adil?

Sepupu Maria, Elisabet, dapat mengaitkan diri dengan itu. Selama bertahun-tahun, Elisabet dan suaminya Zakharia tidak dapat menjadi hamil. Meskipun mereka ialah pasangan yang mulia dan sentiasa mematuhi perintah Allah, pada zaman itu, ketidaksuburan biasanya dianggap memalukan. Bayangkan penderitaan dan kekeliruan mereka apabila mereka menyedari bahawa mereka mungkin tidak akan mendapat anak.  

Akhirnya, semasa ia sudah tua, Elisabet melahirkan seorang anak lelaki yang menyiapkan umat Israel untuk Penyelamat dunia ini. Hal yang mereka tidak sedari sepanjang tempoh kekecewaan itu, ialah Allah sedang mewujudkan suasana untuk mengubah kesedihan mereka kepada sebab untuk dunia yang letih ini bersukacita.  

Pencubaan bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan, tetapi disebabkan Yesus telah datang ke dunia ini, kita boleh menjadi yakin bahawa cerita kita tidak akan berakhir dengan penderitaan. Allah memahami kesukaran anda dengan mendalam, dan Dia tidak akan mensia-siakan penderitaan anda. 

Semasa anda terus menyiapkan hati anda untuk Krismas, luangkan masa untuk mengenal pasti cara Allah telah menguatkan anda melalui situasi dan musim yang sukar. Bersukacitalah bahawa anda dikenali secara peribadi oleh Penyelamat yang boleh berasa empati terhadap penderitaan anda, dan mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana Dia sedang menggunakan kesukaran anda untuk kemuliaan-Nya dan kebaikan anda. 

Ucapkan Doa ini:

Allah Tuhan, pada setiap musim, saya bersyukur kerana tiada hal yang mustahil bagi-Mu. Sementara pencubaan yang saya hadapi menyakitkan hati, saya bersyukur bahawa semua itu bersifat sementara berbanding dengan kemuliaan abadi yang Engkau sediakan untuk saya. Ketika saya rasa dikuasai oleh pertempuran hidup, berilah saya perspektif-Mu dan tolonglah saya untuk melihat sukacita yang telah Engkau tempatkan di hadapan saya. Saya mengasihi-Mu, dan hari ini saya memilih untuk menyembah-Mu.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Joy: A Countdown to Christmas

Krismas sepatutnya musim bersukacita –– tetapi apakah itu sukacita dan bagaimanakah anda memilihnya apabila dunia ini dipenuhi luka dan kesukaran? Temui maksud sebenar "Hai Dunia Gembiralah" dengan mengasyikkan diri dalam cerita Krismas melalui Pelan Krismas istimewa selama 7 hari ini.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.