Sukacita: Pengiraan Detik KrismasSampel
![Joy: A Countdown to Christmas](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F17630%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Sukacita Dipenuhi
Bayangkan anda ialah orang Israel pada abad pertama. Anda dengar tentang Penyelamat yang akan datang, tetapi selama 400 tahun bangsa anda telah menahan peperangan, kebuluran, perampasan kuasa, dan hidup sebagai pelarian yang tidak bertempat. Kemudian pada suatu malam, seorang bayi yang dinamakan Imanuel telah dilahirkan, "Allah menyertai kita." Selepas menunggu bertahun-tahun lamanya, janji Allah sudah sampai, dibaluti pakaian lindung dan ditempatkan dalam palungan.
Disebabkan Allah bekerja di luar pemahaman kita akan masa, sering kalinya Dia seolah-olah lambat dalam mencapai tujuan-Nya. Sementara ada hal yang kita tidak mungkin faham sepenuhnya berdasarkan perspektif dataran linear kita, cerita Krismas merupakan peringatan bahawa Allah tidak pernah membuat janji yang tidak dipenuhi-Nya.
Sering kali semasa tempoh penantian kitalah Allah menyediakan kita untuk rancangan dan janji-Nya untuk kita. Disebabkan Allah telah menunjukkan diri-Nya setia sepanjang sejarah, kita boleh berharap dalam kepastian tetap bahawa sukacita kita akan dpenuhi pada suatu hari nanti.
Hari ini, renungkan kesetiaan Allah dan tuliskan cara berbeza Dia telah membuktikan diri-Nya itu boleh dipercayai.
Ucapkan Doa ini:
Tuhan, hari ini tolonglah saya untuk memilih sukacita. Terima kasih kerana mengutus Anak-Mu ke dunia yang berdosa ini supaya kita boleh mengalami pemenuhan sukacita yang hanya terjadi daripada mengenali-Mu. Hari ini, semasa saya menunggu pemenuhan janji-Mu, saya memilih untuk bersukacita dalam apa yang sudah Engkau lakukan. Saya mengasihi-Mu, dan hari ini saya memilih untuk menyembah-Mu.
Kitab
Perihal Pelan
![Joy: A Countdown to Christmas](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F17630%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Krismas sepatutnya musim bersukacita –– tetapi apakah itu sukacita dan bagaimanakah anda memilihnya apabila dunia ini dipenuhi luka dan kesukaran? Temui maksud sebenar "Hai Dunia Gembiralah" dengan mengasyikkan diri dalam cerita Krismas melalui Pelan Krismas istimewa selama 7 hari ini.
More