HadiahSampel

The Gift

HARI 4 DARIPADA 5

Menyembah Yesus Kerana Apa yang Telah Dilakukan-Nya—Penyelamat Kita

Apakah hadiah terbaik yang pernah anda terima?

Mungkin hadiah kejutan yang telah difikirkan dengan teliti dan kena pada masanya daripada orang tersayang. Mungkin hadiah mahal yang anda rasa terlalu mewah bagi anda. Mungkin sesuatu yang anda tidak terfikir anda inginkan.

Walaupun kita tidak mungkin patut menerimanya atau memperolehnya, Yesus telah berkorban besar demi kita. Ketika kita masih seorang yang berdosa—mengetahui kesalahan kita dan sebelum kita dapat mengasihi-Nya—Yesus telah memilih untuk mati demi kita, supaya kita boleh memilih untuk menjalinkan hubungan dengan Allah.

Hakikat ini sahaja harus memenuhi kita dengan kekaguman dan kesyukuran—dan seperti ahli kaji bintang itu, ini harus membuat kita menyembah-Nya.

Ketika mereka menyembah Yesus, ahli kaji bintang itu memberikan hadiah yang terakhir kepada-Nya: mur.

Mur mempunyai banyak kegunaan, tetapi biasanya dikaitkan dengan penderitaan dan kematian. Mur digunakan sebagai minyak pengurapan dalam Perjanjian Lama untuk menyiapkan rumah ibadat dan imam atau pemimpin. Dalam Perjanjian Baru, mur juga digunakan sebagai minyak pengawetan mayat dan sebagai ubat untuk melegakan penderitaan seseorang yang disalibkan.

Seperti hadiah yang lain, mur membayangkan siapa itu Yesus:

  1. Yang Diurapi Yesus diurapi oleh Roh Kudus untuk mengkhabarkan injil, untuk menyembuhkan kita, dan untuk membebaskan kita (Lukas 4:16-19).
  2. Hamba yang Menderita.  Yesus tidak meminum mur untuk mengurangkan penderitaan-Nya di salib (Markus 15:23). Dia memikul sepenuhnya beban dosa kita dan menanggung kesakitan serta penderitaan demi kita. Dan sepanjang pelayanan-Nya, kita melihat hati hamba Yesus.
  3. Korban yang Terutama. Yesus mempersembahkan korban yang terutama—Nyawa-Nya demi nyawa kita. Dia menderita dan membayar upah untuk dosa yang tidak pernah dilakukan-Nya.

Apabila anda merenungkan apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh Yesus dalam pelayanan-Nya di bumi, biarlah semua ini membimbing anda untuk menyembah. Penyembahan itu boleh mempunyai pelbagai bentuk. Barangkali menunjukkan kesyukuran kepada Yesus dengan memuji-Nya kerana siapa Dia itu. Barangkali menderita demi Kristus. Barangkali memberikan kasih kurnia seperti Kristus dan mengasihi orang lain. Penyembahan adalah sesuatu yang ditunjukkan oleh ahli kaji bintang itu kepada kita dan perbuatan ini masih relevan dengan kehidupan kita sekarang.

Musim cuti mungkinlah sibuk, dan terdapat banyak bahagian yang bergerak. Seperti ahli kaji bintang itu, marilah kita mengingati dan memuja hadiah yang telah diberikan oleh Yesus kepada kita. Semoga kita jangan terlalu sibuk atau bingung sehinggakan kita terlupa untuk mengingati Dia yang diraikan sebenarnya dan Hadiah terbaik yang kita miliki.

Doa: Tuhan, saya berterima kasih kepada-Mu kerana Engkau telah menderita demi saya dan memberikan saya hadiah yang terbaik—nyawa-Mu. Sesungguhnya hadiah dan pengorbanan yang mengagumkan, Yesus. Secara jujurnya, saya tidak mungkin membalas pemberian-Mu. Ingatkan saya tentang kasih kurnia-Mu dan kasih-Mu hari ini, dan tolonglah saya supaya memiliki hati berkorban dan hati hamba seperti-Mu. Dalam nama Yesus, amin.

Latihan: Luangkan masa atau tenaga yang lebih banyak untuk memberikan kasih kurnia, kasih, atau berbuat baik kepada orang lain hari ini.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Gift

Ini merupakan masa yang paling menakjubkan setiap tahun, namun kita sering mendapati diri terburu-buru sepanjang masa cuti. Hari Krismas ini, bagaimana kalau kita menuntut balik ketakjuban itu? Dalam pelan Alkitab 5 hari ini, mengiringi siri Pastor Craig Groeschel, The Gift, kita akan mendapat tahu bagaimana tiga hadiah yang dipersembahkan oleh tiga orang ahli kaji bintang kepada Yesus boleh membimbing kita ke tempat yang mengagumkan dan persembahan pada hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/