Pengurusan Masa yang KudusSampel
Mengasihi Diri Sendiri dengan Masa Anda
Demi memiliki keupayaan untuk mengasihi orang lain dengan baik, kita perlu meluangkan masa untuk mengasihi diri sendiri dengan baik. Itu bukan sahaja melibatkan penjagaan tubuh fizikal malah pengurusan diri dari segi rohani, emosi, dan mental. Apabila kita memuliakan diri dengan masa kita, kita memiliki keupayaan yang lebih besar untuk menunjukkan buah Roh dalam hidup kita. Apabila kita tidak mengasihi diri dengan masa kita, menunjukkan buah Roh rasa seperti suatu pergelutan.
“Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.” ~Galatia 5:22-23 (AVB)
Pengurusan diri yang baik tidak memerlukan perubahan yang dramatik. Ini bolehlah melibatkan pembentukan beberapa tabiat mudah dan kekal setala dengan keperluan anda.
Contohnya berhubung dengan pengurusan diri dari segi rohani, anda boleh menyatakan kesanggupan untuk membaca Alkitab dan berdoa setiap hari. Saya suka membuat renungan pada awal pagi, tetapi anda mungkin mendapati waktu yang lain lebih sesuai untuk anda. Kemudian, sedar akan masa tambahan yang diperlukan untuk dihabiskan bersama dengan Allah. Misalnya, semasa saya menghadapi cabaran, kadang-kadang saya menghabiskan masa yang lebih panjang untuk mencatatkan jurnal saya.
Berkenaan pengurusan diri dari segi fizikal, tidur, pemakanan, dan senaman merupakan beberapa tunggak kesejahteraan yang utama. Mengamalkan waktu tidur yang konsisten, memakan makanan yang menjadikan anda sihat, dan meluangkan masa untuk aktiviti fizikal boleh mendatangkan perbezaan yang besar terhadap kesejahteraan anda. Sebagai permulaan, cubalah sesuatu yang mudah seperti melaraskan jam penggera yang berulang untuk "bersiap sedia untuk tidur" di telefon anda. Kemudian, sengaja berehat-rehat pada masa itu untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.
Berhubung dengan pengurusan diri dari segi emosi, kita perlu mengambil masa untuk menyedari beban emosi yang dipikul supaya kita boleh menyerahkannya kepada Allah dengan tetap.
“Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.” ~1 Petrus 5:7 (BM)
Bagi saya, banyak pelepasan emosi ini berlaku semasa waktu doa pagi saya. Walau bagaimanapun, ada kalanya saya menghadapi kekusutan, dan perlu menghabiskan masa yang lebih panjang untuk berdoa lagi atau berbual dengan kawan.
Akhirnya, berkenaan pengurusan diri dari segi mental, kita harus sedar akan apa yang kita benarkan dalam fikiran kita dan apa yang kita benarkan untuk kekal dalam fikiran kita.
Seperti yang dijelaskan dalam Roma 12:2 (BM), kita tidak boleh mengambil pendekatan yang pasif terhadap fikiran kita: "Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.”
Itu bermaksud kita harus menolak bohong dan mesej yang negatif daripada dunia ini dan menumpukan perhatian pada identiti kita dalam Kristus seperti yang dinyatakan oleh Allah. Jika ada fikiran yang membuat anda rasa tidak layak, tidak diterima, tidak dikasihi atau tidak mencukupi, anda perlu melawannya dengan kebenaran daripada Firman bahawa anda betul-betul dikasihi sepenuhnya!
“Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu!” ~1 Yohanes 3:1a (AVB)
Allah mengasihi anda, dan Dia mahu anda untuk mengasihi diri sendiri.
Jika anda suka pelan bacaan ini, anda akan suka Divine Time Management: The Joy of Trusting God's Loving Plans for You.
Buku Divine Time Management, menyelami bagaimana anda boleh mengambil pendekatan yang berpusatkan Allah terhadap pengurusan masa. Tekanan yang kurang dan berkat yang lebih besar!
Ketahui lebih lanjut tentang buku ini dan temui sumber tambahan di http://www.DivineTimeBook.com
Perihal Pelan
Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah "mengawal" hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan rehat apabila kita mempercayai Allah dengan masa kita. Dalam pelan 6 hari ini, anda akan belajar bagaimana pendekatan pengurusan masa yang berpusatkan Allah membawa kepada penerimaan semua kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya bagi anda, termasuk sukacita dan kedamaian-Nya.
More